Tuesday, October 4, 2016

Wahai Lelaki Kalau Berani Baca Ini, Sanggupkah Kau?? (Sebuah Kisah Untuk Kalian) Ini Kisahnya...

Seorang lelaki beristeri tanpa sengaja berkenalan dengan seorang gadis di sebuah kantin kompleks pejabat kerajaan, kerana ada urusan kerja mereka pun bertukar-tukar no. telefon.


Malam harinya si gadis mula Whatsapp si lelaki: 

Gadis: Awak hebat ya. Ada perusahaan sendiri, berjaya pula.
Lelaki: Terima kasih ya :) 

Esoknya si gadis menelefon sekadar say hallo. 

Gadis: Bila ya, kita makan bersama lagi? 
Lelaki: Ok, bila-bila saja boleh.

Setelah itu mereka masih sering berhubungan melalui Whatsapp dan telefon, sesekali juga berjanji pergi makan siang bersama. hari-hari berlalu, tiada hari tanpa hubungan antara mereka. Sampai suatu hari, si gadis Whatsapp, isi kandungannya ialah:

"Mmm...Sebenarnya aku mencintaimu, aku tau kamu sudah punya keluarga, tapi aku mau menerima keadaan sebagai isteri ke-2, aku bersedia dan maaf saya mengganggu perasaanmu. 

Dengan berat hati lelaki itu menjawab:" Dik, aku mengerti dan faham maksudmu...tapi dengan berat hati aku harus jawab TIDAK! Aku tau kamu memang cantik, dan aku yakin semua lelaki pasti mengatakan tubuh dan parasmu elok dan cantik.

Tapi, tahukah kamu kenapa aku boleh tampil baik dan hingga usahaku berjaya? Itu semua kerana dorongan dan semangat isteriku. 

Sungguh sangat berdosa kalau aku harus berlaku curang dengan seseorang yang hanya mengagumiku, kerana tahu aku sekarang ini sudah berjaya. Kamu menyukai aku tidak ikhlas, kamu hanya melihat penampilanku semata-mata. Padahal ada seseorang yang tersayang di rumah yang telah bersusah payah mendorong aku agar selalu tampil sebaik mungkin, dia adalah isteriku tercinta.
Kalau kamu suka aku, ertinya kamu tinggal memetik hasilnya, dan cara ini tidak pernah abadi. 

Tahukah kamu bahawa aku memulakan ini dari sifar dan isteriku yang selalu mendampingiku di kala susah, miskin dan berjaya seperti ini. 

Tahukah kamu bahawa isteriku yang selalu mendoakan kesuksesanku hingga aku boleh menjadi seperti ini. Kamu memang cantik, tapi hati isteriku lebih cantik.

Terima kasih atas cintanya, maaf aku tidak boleh membalas seperti kehendakmu. 

Wahai lelaki, sanggupkah kau seperti kisah di atas?? 

Sumber: Kesehatan99 | SBP