Tanpa panduan apa pun, pandangan lelaki pasti akan terganggu jika melihat wanita cantik dan seksi yang lewat di hadapannya atau sekadar berdiri di suatu tempat yang terlihat mata.
Reaksi lelaki ini merupakan tingkah laku yang wajar dan umum terjadi kerana kecantikan dan keseksian wanita yang muncul di tempat umum tentu boleh untuk dipandang siapa pun. Tak hanya yang single atau jomblo, mereka yang sudah menjalin hubungan pun tak boleh terlepas dari pesona wanita seperti itu.
Selain pandangan dialihkan dan menjadi tidak fokus, berikut ini adalah reaksi-reaksi yang terjadi ketika lelaki melihat wanita cantik dan seksi:
1. Pandangannya Tajam
Lelaki ini biasanya pemalu dan tidak ingin memperlihatkan wajahnya pada orang lain atau wanita itu. Demi melihat wanita cantik dan seksi, dia lebih memilih untuk meliriknya dengan penuh rasa ingin tahu.
2. Terkagum-kagum
Mata lelaki yang melihat wanita cantik dan seksi akan kelihatan berbinar-binar dan wajahnya mendadak cerah. Ini menandakan kalau lelaki mengagumi wanita yang dilihatnya, senyum sudah pasti akan muncul di raut wajahnya.
3. Menghayati
Lelaki seperti ini akan memandangi betul wajah wanita cantik dan seksi yang dilihatnya.Dia melihat setiap bahagian yang menarik dari si wanita. Dia tidak akan berpaling dari yang lain sebelum menuntaskan hasratnya pada si wanita tersebut.
4. Berimaginasi
Setelah menghayati dan mengingati wanita yang dipandangnya, lelaki biasanya akan berkhayal dengan si wanita, apakah itu mendekatinya, mengenggam tangannya, atau imaginasi lain yang mengarah ke hal-hal yang lebih menggoda dan romantis.
5. Bising
Lelaki seperti ini biasanya sedang melepak atau bersama rakan-rakannya. Apabila ada wanita cantik dan seksi, mereka cenderung membuat bising, mengeluarkan bunyi, atau memberi kod-kod kepada rakan lelaki yang ada di sebelahnya. Hasilnya, bukan hanya satu pasang mata sahaja yang melihat si wanita, tapi boleh juga dua hingga empat pasang mata bergantung jumlah lelaki yang melihat.
6. Menjadi Bahan Usikan
"Bro, arah jam 1," itulah petikan yang biasa muncul jika lelaki pertama melihat wanita cantik dan memberitahu pada rakan di sebelahnya. Setelah sama-sama melihat, si wanita pun jadi bahan perbualan. Start komen wajahnya, body, sehingga kepada pakaian yang dipakainya.
7. Berkenalan
Perlu keberanian untuk melakukan yang namanya "berkenalan". Untuk anda yang single bolehlah untuk mencubanya. Sebelum itu timang-timang dulu, kira-kira si wanita terbuka tidak kalau diajak berkenalan? Syukur kalau ada rakan anda yang kenal dengan wanita cantik tersebut, pasti jadi lebih mudah.
Apa pun itu keadaannya, pastikan kamu berkenalan dengan sopan dan dengan niat yang baik. Sediakan telefon pintar anda untuk menyimpan nombor telefon atau bertukar akaun social media. Supaya perkenalan awal menjadi lebih berkesan, lakukan gambar selfie atau wefie yang seru sebagai peringatan satu sama lain.
Itulah beberapa reaksi lelaki apabila melihat wanita cantik dan seksi, punya pendapat atau pandangan lain? Hantar komen dan share artikelnya.
Sumber: Liputan6 | SBP