Monday, October 10, 2016

Bukannya Malas, Perempuan Memang Harus Banyak Tidur Kerana Mempunyai Pemikiran Yang Bekerja Keras.

Membersihkan rumah sambil menyiapkan sarapan, menjawab telefon sambil menyusun perabot rumah, mengurus anak sambil makan tengah hari. Ya, multitasking adalah bakat luar biasa dari kaum perempuan yang malangnya, selalu mengakibatkan stress dan keletihan.


Persoalannya, berapa lama perempuan harus tidur agar tetap sihat, bersemangat, dan produktif? Secara logiknya begini, semakin banyak kamu menggunakan otak pada siang hari, maka semakin banyak masa yang anda perlukan untuk tidur di malam harinya.

Kebanyakan perempuan selalu kurang tidur


Dan kerana rata-rata perempuan selalu bekerja dengan cara yang lebih kompleks berbanding laki-laki, mereka memerlukan lebih banyak masa untuk tidur. Orang dewasa rata-rata memerlukan 6-8 jam untuk tidur agar dapat memulihkan keadaan tubuh dari keletihan siang harinya. Padahal faktanya, perempuan tidak pernah tidur selama itu, apatah lagi bagi mereka yang sedang mempunyai kanak-kanak kecil.

Lebih mudah terbangun ketika tidur


Hal itu lebih memberi kesan buruk pada kesihatan perempuan ketimbang laki-laki.Seperti masalah jantung, kencing manis, kemurungan, stress, atau kecemasan. Ketika hal itu terjadi, mimpi para perempuan di malam hari cenderung lebih ringan dan sensitif terhadap suara bernada tinggi sehingga mudah terbangun.

20 minit tambahan

Penyelesaian bagaimana? Menambah jam tidur sekurang-kurangnya 20 minit (dari waktu tidur normal 6-8 jam) setiap hari sangat membantu untuk memastikan para perempuan tetap ceria dengan pekerjaan multitasking mereka.

Sumber: Inovasee | SBP