Tahukah anda pedang katana yang berasal dari Jepun? Mungkin sebahagian kenal tetapi ramai yang tidak tahu. Tapi jika mengatakan pedang para samurai, tentu kita mengetahuinya kerana banyak filem Hollywood yang menggunakannya.
Pedang katana atau biasa disebut pedang samurai, direka untuk melakukan satu perkara sahaja, iaitu membunuh. Pedang ini dibuat sangat tajam dengan besi yang dihasilkan di daerah tertentu saja.
Selain tajam, pedang asli Jepun ini juga sangat indah. Dan di dalamnya menyampaikan satu tradisi budaya yang mendalam dan nilai-nilai estetika. Namun, beberapa pedang katana dianggap mempunyai kutukan yang mengerikan.
Bukan hanya karya seni rupa sahaja, yang dianggap sebagai simbol prestij dan kuasa. Banyak pedang yang paling berharga di Jepun ini, dibuat khusus dan menjadi pusaka keluarga atau sebagai benda upacara yang disimpan di kuil Shinto.
Dan salah satu pembuat pedang katana adalah Muramasa, yang menghabiskan hari-harinya menempa logam untuk dijadikan senjata yang boleh membunuh musuh.
Namun, Muramasa terlalu baik dalam pekerjaannya, yang akhirnya mencetuskan kemarahan dari Tokugawa Ieyasu, shogun pertama dari dinasti Jepun pada saat perang saudara. Kemarahannya akibat datuk dan ayah Ieyasu dibunuh oleh pedang katana buatan Muramasa.
Ieyasu sendiri terluka oleh senjata buatan Muramasa, sehingga dia melarang pemilikan pedang Muramasa pada saat itu. Dan menurut legenda beredar bahawa pedang buatan Muramasa dikutuk, dan akan membuat pemiliknya haus darah yang tidak berhenti.
Kini, pedang-pedang buatan Murasama dipamerkan dan dilindungi oleh kaca pelindung yang akan menjaganya dari kekuatan gelap.
Sekurang-kurangnya ada lebih dari 20 pedang buatan Muramasa yang dimiliki oleh kolektor dari seluruh Jepun, yang harganya tidak ternilai.