Friday, October 14, 2016

Bahagian Tengah Nanas Ternyata Boleh Sembuhkan Kanser.

Sudah tak diragukan lagi, memakan buah memang sangat bermanfaat bagi kesihatan tubuh. Nanas misalnya. Namun kebanyakan kita saat makan nanas selalu membuang bahagian tengahnya. Padahal bahagian tengah atau teras dari buah nanas yang agak keras itu menyimpan manfaat yang jarang diketahui oleh kita.


Bahagian tengah buah nanas yang agak keras tersebut mengandungi bromolin, zat yang berfungsi sebagai anti kanser usus dan lain-lain. Bagi mengesan kanser usus, bromolin melembutkan dinding-dinding sel sehingga ubat boleh secara maksimum masuk ke inti sel. 

Maklumat penting ini kononnya sengaja dirahsiakan para perubatan. Jika maklumat penting ini tersebar ke masyarakat awam, mereka bimbang industri ubat sedunia terancam muflis. Buah yang berasal dari Brazil ini selain rasanya enak dan segar juga mempunyai kandungan gizi yang sangat baik. 
Buah nanas yang masak mengandungi karbohidrat, protein, lemak, zat besi dan beberapa vitamin: A, B dan C. Bahagian tengah nanas memang agak keras dan rasanya pun tidak enak. 

Namun kita boleh mengakalinya agar terasa lebih enak. Caranya cukup mudah. Setelah kita menyiapkan buah nanas, kupas dan pisahkan bahagian tengahnya atau bonggolnya. 

Seterusnya bahagian tengah nanas itu di blender. Selesai, simpan dalam peti sejuk atau boleh terus diminum. Sihat tidak harus mahal dan rumit bukan? Silakan mencubanya.

| SBP