Sunday, September 11, 2016

Tupai Jinak Tolong Cabut Gigi Seorang Budak Perempuan.

Gigi yang goyah dan perlu dicabut adalah perkara yang wajar. Jika pada umumnya kita memilih menunggu gigi yang longgar itu tercabut sendiri, pergi ke doktor gigi, atau melakukan cara-cara lazim sama, tapi lain halnya dengan sepasang ayah dan anak di bawah ini.


Sepasang ayah dan anak yang tinggal di bandar Montreal, Canada ini meminta bantuan seekor tupai untuk mencabut gigi.

David Freiheit dan anak perempuannya, memilih cara "unik" untuk mencabut gigi. Mereka berdua meminta bantuan tupai jinak yang tinggal di taman berdekatan bandar untuk mencabut gigi. Tidak menggunakan cakar tajam tupai tentunya, namun menggunakan bantuan benang gigi.

Tupai cerdik itu menghampiri sepasang ayah anak di taman tersebut setelah diumpan dengan makanan. Lalu benang gigi yang terikat pada gigi longgar anak perempuan David Freiheit, diikatkan dengan sepotong kuih yang menjadi kesukaan tupai.
Yup, tupai menghampiri kuih dan menariknya. Dan gigi yang goyah pun berjaya dicabut. Si tupai mendapat kuih, dan David Freiheit bahagia gigi goyah anaknya berjaya dicabut.

"Tidak banyak orang boleh mengatakan mereka melakukan sesuatu untuk pertama kalinya dalam sejarah," kata Freiheit di laman UPI.

"Hari ini, anak saya dan saya boleh mengatakan bahawa kami yang pertama mengajak tupai untuk mencabut gigi," katanya.

Video lucunya sila klik dibawah ini: