Tuesday, September 27, 2016

Sindrom Hikikomori - Fenomena Manusia Yang Memilih Untuk Hidup Menyendiri Tanpa Menghiraukan Hidup Bermasyarakat.

Hikikomori adalah satu istilah di dalam Bahasa Jepun yang memberi maksud fenomena manusia yang memilih untuk menyendiri serta menarik diri daripada kehidupan bermasyarakat. Mereka memilih untuk mengasingkan diri dan tidak keluar rumah berbulan-bulan lamanya dan hanya akan keluar rumah jika ada keperluan yang mendesak.


Istilah ini merujuk kepada situasi di Jepun. Dr Tamaki Saito, pakar psikiatri berkaitan Hikikomori berpendapat, punca kepada fenomena ini berakar umbikan sejarah dan struktur sosial masyarakat Jepun.Ini kerana puisi-puisi dan muzik tradisional Jepun sering mengagung-agungkan pemencilan diri.

Tapi bagaimana pula situasinya dengan anak bangsa kita? Agak-agaknya ada tak golongan hikikomori dalam kalangan generasi muda kita sekarang?
Suatu hari di hari raya,
Mak Su: Kak Ngah, mana abang long? Dari tadi mak su tak nampak pun batang hidungnya. Saudara mara tengah ramai ni pun dia boleh menghilang. Dia balik cuti kan?
Kak Ngah: Abang long dalam bilik dia mak su. Dia balik je dari asrama semalam terus masuk bilik. Mengadap laptop dia la tu. Siapkan assignment katanya. tak pun tengah berkepit dengan PS2 dia.
Mak Su: Tapi kan ni hari raya. Saudara mara tengah ramai datang nak melawat ni boleh pulak dia duduk terperap dalam bilik. Pergi panggil dia keluar. Mak Su nak jumpa semua anak sedara mak su.
Kak Ngah: Baiklah Mak Su.
Abang Long keluar dengan telinga disumbat earphone, memegang ipod barunya. Setelah bersalaman dan menjawab sepatah dua soalan dari sedara mara, masuk bilik balik.
Rasanya ini adalah fenomena biasa di kalangan muda mudi kita. Memang tak dinafikan bagi pelajar di sekolah berasrama penuh, kadang-kadang kita kekok untuk bergaul dengan saudara mara yang jarang bersua muka. 

Kita lebih suka memilih untuk berdiam diri dan melakukan kerja sendiri daripada bertegur sapa dengan tetamu/sedara mara. 

Mungkin ada yang bertanya tak bosan ke duduk sorang-sorang? Bosan. 

Sebab tu mereka sentiasa bersama ipod, mp3 dan apa-apa gadget yang menemani. Tapi tak rasa ke sedikit sebanyak masyarakat muda mudi kita semakin ke arah pembentukan individu hikikomori tu? 


Tak percaya cuba tengok generasi adik-adik kita. Antara mp3, mp4, ipod, PS2 dengan galah panjang, bola beracun, congkak yang mana mereka tahu dan akan pilih? Rasanya ipod dan PS2 tu lebih menarik daripada mencari kawan-kawan baru ketika bermain galah panjang.

Menggusarkan bukan? Generasi kita semakin ke arah individualistik. Mungkin suatu hari nanti perkataan masyarakat hanya tinggal perkataan sahaja. Tiada lagi makna dan situasi kemasyarakatan itu.
Tapi, apa sebenarnya yang menjadi faktor ini?

Faktornya adalah kerana tiada tujuan hidup yang jelas. Betul. TIADA TUJUAN HIDUP YANG JELAS. 

Mungkin ada yang menjawab, mereka ada tujuan hidup. 

Tapi adakah tujuan itu jelas? dan jika ianya jelas, neraca apa yang diguna untuk menjadikan tujuan hidup itu jelas?

Akhir kata, jangan biarkan diri diselubungi sikap hikikomori. Dan rancanglah kehidupan yang baik untuk bakal anak-anak.

Jauhi hikikomori dari diri mereka. Ibu bapa memainkan peranan yang penting untuk mendidik anak-anak. Fikir banyak kali dan fikirkan sekali batas-batas sebelum membelikan anak-anak gadget berunsur 'pengasingan diri'.

Sumber: TD