Hasil dari kemajuan teknologi, perkara yang dulunya nampak mustahil, sekarang boleh dilakukan. Contohnya pelajar-pelajar Jepun ini berjaya mengeram dan menetaskan telur ayam tanpa cangkerang telurnya.
Dengan berhasilnya eksperimen ini, mereka berjaya menjadi orang pertama yang boleh menetaskan telur tanpa kulit ini. Bagaimana perkara ini boleh berlaku?
Kunci kejayaan eksperimen ini adalah plastik wrap biasa yang sering kita lihat digunakan untuk membungkus buah.
Mereka membentangkan plastik wrap itu lalu memecahkan telur ayam dan memasukkan isinya ke dalam plastik tersebut.
Setelah dimasukkan dalam plastik, telur ayam ini dibungkus dengan rapat. Telur yang berada dalam plastik itu kemudian dimasukkan dalam inkubator.
Setiap hari, perkembangan telur ini menjadi ayam boleh dilihat dengan jelas, kerana mereka menggunakan hanya selapis plastik yang lutsinar sebagai cangkerang.
Terima kasih kepada penemuan ini, sekarang kita boleh melihat perkembangan awal ayam dari saat pertama masih tidak kelihatan sama sekali sehingga sudah memiliki jantung dan berdegup.
Hasil kajian ini telah diterbitkan dalam pelbagai jurnal antarabangsa. Kejayaan pelajar-pelajar ini dibimbing oleh tutor mereka, Mr. Tahara.
Klik video dibawah untuk menonton keajaibannya: