Saturday, September 24, 2016

Tahukah Anda, Malaysia Memiliki Gunung Berapi Di Tawau Sabah!

Malaysia memiliki gugusan gunung berapi, itu adalah fakta yang tidak mungkin anda temui di dalam buku teks di sekolah. Hanya kajian lanjut diperingkat pengajian tinggi mendedahkan perkara ini.

Semenanjung Semporna bertapak di atas gugusan lapisan tebal batuan yang mengalir di bawahnya aliran lava dan batuan gunung berapi.


Kajian topography menunjukkan kawasan di bahagian Tenggara, Sabah itu meliputi pergunungan Andrassy, Lucia, Maria, Wullersdorf dan Magdalena terbentuk mengunjur dari gugusan gunung berapi dari rantau Sulu, Filipina.

Gunung ini diberi nama Gunung Maria, dikelaskan sebagai gunung berapi tidak aktif terletak di wilayah Bombalai, dalam daerah Tawau dengan ketinggian 1,067 meter dari aras laut.

Gunung Maria adalah jenis gunung berapi "Pyroclastic Cone" dan berstatus "Preholecene" iaitu berusia melebihi 12,000 tahun.

Terdapat banyak gunung dan bukit kecil di dalam gugusan gunung berapi di Tawau termasuklah Bukit Gemok.

Bukit Gemok umumnya adalah sebuah bukit curam disamping beberapa dataran landai. Puncak bukit ini berada di paras 396m dari aras laut.


Senarai bukit dan gunung yang berada dalam gugusan ini di daerah Tawau termasuklah:-

- Gunung Tiger
- Gunung Bombalai
- Gunung Andrassy
- Gunung Maria
- Gunung Lucia
- Gunung Magdalena
- Quion Hill
- Gunung Wullersdorf
- Gunung Tagasan
- Gunung Glas
- Tengah Hill
- Kukusan Hill

Gunung berapi tidak aktif berhampiran Semporna ialah Gunung Pock dan Gunung Conner.


Pulau Boheydulong dan Pulau Tetagan dekat Semporna juga merupakan sebahagian dari gugusan gunung berapi tidak aktif.

Gunung Magdalena berketinggian 1,208 meter dari aras laut merupakan gunung tertinggi di gugusan itu.



Tawau ada Gunung Berapi @ Volkano..

Mungkin agak mustahil jika ada orang berkata di Malaysia ada gunung berapi. Tapi itulah realitinya.

Di Malaysia memang ada bekas gunung berapi yang sudah berusia kira-kira 27,000 tahun.


Gunung berapi ini terletak di Bombalai di daerah Tawau Sabah. Nama gunung ini adalah Gunung Maria dengan ketinggian 1,067 meter dari paras laut.

Ia adalah daripada jenis gunung berapi "Pyroclastic Cone" dan berstatus "PreHolecene" iaitu gunung berapi yang berusia lebih daripada 12,000 tahun (keatas).


Gambar di atas adalah batu volkanik yang di temui di Niram Nek Legek Sungai Balung Tawau berdekatan dengan perkampungan suku kaum Cocos.

Disinilah satu-satunya lokasi di Malaysia yang anda boleh melihat sendiri didepan mata anda formasi Columnar basalt atau Pillow lava yg terhasil jutaan tahun lampau bila aliran lava lurus menaik ke atas daripada dasar lautan.


Struktur semulajadi sebegini terbentuk apabila lava basalt mula menyejuk pada dasar lautan.

Proses penyejukan menyebabkan batuan meretak membentuk turus memanjang secara heksagonal.


Proses ini hanya berlaku pada lantai lautan jutaan tahun lampau.

Proses ini masih berlaku pada lantai lautan terutama pada lantai lautan Atlantik pada rabung/permatang tengah lautan (MOR).
Batuan basalt ini terbentuk selepas letupan volkanik Gunung Maria iaitu gunung yang tertinggi di Tawau yang terletak di kawasan Taman Bukit Tawau (Table).


Batu jenis ini juga tidak ditemui di mana-mana kawasan di Malaysia, hanya terdapat di Tawau menurut Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia yang telah datang meninjau bagi mengesahkan keunikan batu tersebut.


Sekali melihat dan mengetahui terdapat bekas gunung berapi di Tawau, sedikit agak menakutkan.

Maklumlah sebelum ini umum mengetahui negara ini bebas daripada lingkaran api atau gunung berapi tetapi hakikatnya ia pernah terjadi sejak ribuan tahun dahulu.


Namun, sebagai warga Tawau, kita harus berbangga kerana dapat menyaksikan dan mengalami kejadian batu unik ini dan pasca fenomena ini secara tidak langsung. - Penulisan asal Razuha.

Sumber: Sabahup2date | SBP