Thursday, September 8, 2016

Gambar Lelaki Dan Wanita Ini Jadi Viral Di Internet. Anda Bakal Tersedu Jika Baca Ceritanya!!!

Perhatikan gambar di bawah. Bagi kamu, mungkin gambar ini tidak ada istimewanya sama sekali. Namun, setelah kamu membaca cerita tentang perjalanan hidup lelaki dan wanita ini mungkin akan terharu atau bahkan menitiskan air mata.


Begini ceritanya, Mohamad Yusoff (65) dan adik iparnya Hasnah Ngah (56) adalah dua orang yang mempunyai cacat fizikal. Yusoff merupakan seorang penghidap sindrom down sedangkan Hasnah mempunyai kelainan yang membuat tubuhnya kerdil.

Meski mengalami cacat fizikal, kedua-duanya tetap melakukan pekerjaan demi menyambung hidup sehari-hari.

Kedua-duanya berdagang di sebuah pasar. Untuk berangkat berdagang, kedua-duanya menggunakan sebuah basikal pengubahsuaian dengan roda tiga. Setiap hari, keduanya harus menempuh jarak kira-kira 20 kilometer.

Untuk memandu sendiri, Hasnah lah yang menjadi pemandu. Sementara Yusoff mengayuh serta menjaga brek basikal.

Pernah beberapa kali keduanya terjatuh ke dalam parit gara-gara arahan Hasnah yang gagal difahami Yusoff. Namun kedua-duanya tidak pernah putus asa. Mereka tetap berusaha sehingga akhirnya mereka berjaya memandu basikal roda tiga tersebut.

Dari cerita pendek ini kita boleh menyimpulkan bahawa kekurangan bukanlah alasan untuk bermalas-malasan. Jika mereka yang mempunyai kekurangan boleh bekerja, kenapa tidak dengan kita yang mempunyai badan penuh? Tidak malukah kita?