Saturday, September 17, 2016

Bikin Panas!!! Wanita Tidak Sedar 'Alat Sulit' Dijilat Penceroboh Rumahnya.

Seorang lelaki dihukum penjara selama dua tahun kerana memecah masuk ke dalam rumah seorang wanita dan kemudian bertindak menjilat kemaluan wanita itu ketika dia sedang tidur bersama teman lelakinya.


Dia, Joseph Taouk, 35, memecah masuk ke dalam rumah wanita itu di Sydney, Australia pada pukul 3.30 pagi, memetik laporan Sydney Morning Herald.

Pada mulanya, mangsa menyangkakan lelaki yang melakukan perbuatan itu ialah teman lelakinya tetapi selepas 20 saat barulah dia mengetahui itu adalah orang yang tidak dikenali.

Ketika itu, dia merasakan teman lelakinya masih disebelahnya dengan tangan, dan membisikkan apa yang sedang berlaku.

“Siapa kau?,” kata teman lelakinya.

“Maaf, maaf, saya sangkakan ini adalah rumah transit kerana pintu di hadapan terbuka,” kata Taouk.

Teman lelaki mangsa kemudian membawa suspek ke pintu depan dan kemudian kembali mendapatkan mangsa yang sedang menangis. Akibatnya, mangsa menjadi takut dan kerap sakit tetapi dia masih enggan melaporkannya kepada polis.

Bagaimanapun, mangsa kemudian memberitahu perkara itu kepada bapa tirinya, yang membawanya ke Balai Polis King Cross keesokannya.

Beberapa jam kemudian, pihak polis berjaya menemui suspek dalam keadaan gementar dan berpeluh-peluh berjalan di sekeliling kawasan berhampiran.

Taouk mengaku bersalah atas tuduhan serangan seksual ke atas wanita, dan memecah masuk rumahnya.

Kelmarin, dia berdepan dengan Hakim Mahkamah Daerah New South Wales yang memerintahkan dia menjalani hukuman penjara selama dua tahun.

DNAnya ditemui berada pada pakaian tidur wanita itu dan visualnya berada di depan rumah pasangan itu juga berjaya dirakam oleh kamera litar tertutup (CCTV).

Hakim turut membacakan surat permohonan maaf dari Taouk yang menjelaskan dia ada mental yang bermasalah dan hanya menuruti suara yang kedengaran untuk melakukan sesuatu.

“Saya juga dengan jujur memohon maaf kerana menjadikan manusia berasa amat terhina dan tersisih serta berharap semua perkara ini tidak pernah terjadi.

Taouk dijangka dibebaskan pada Mac tahun depan.

Sumber: Pru14.tv | SBP