Monday, September 5, 2016

Anda Tahu Kenapa Mekah itu Disebut Tanah Haram? Ini Jawapannya....

Tahukah kamu kenapa kota suci Makkah disebut juga dengan Tanah Haram? Anda akan tahu jawapannya dalam ulasan kali ini.


Mekah sendiri merupakan tempat yang paling disukai Allah SWT. Mekah juga merupakan tempat paling penting bagi umat Islam kerana menjadi kiblat dalam beribadah, dan tempat pelaksanaan ritual haji dan umrah.

Allah SWT pun memberikan kemuliaan dan keharaman pada kota Mekah, di mana di dalamnya terdapat rasa selamat, malahan rasa selamat ini juga dimiliki pokok-pokok dan tumbuhan dengan larangan memotongnya. Burung-burung tidak boleh diusir, dan Allah memberikan pahala amal dan kebaikan di dalamnya lebih utama dari pahala dan amalan di tempat lain. Solat di Masjidil Haram bersamaan dengan 100,000 solat di tempat lain.


Dalam surah Ali Imram ayat 97, Allah SWT berfirman, "Barang siapa yang memasukinya (Baitullah itu) menjadi amanlah dia."

Di kota Mekah ini Rasulullah SAW dilahirkan. Pengukuhan kota Mekah sebagai tanah Haram dijelaskan dalam hadis Rasulullah SAW, bahawa Allah SWT telah menetapkan Mekah sebagai tanah haram semenjak Allah menciptakan langit dan bumi.

Rasulullah SAW bersabda:

"Sesungguhnya Allah SWT telah menghalang tentera bergajah masuk ke Mekah, dan Allah SWT telah menakluk Mekah untuk Rasul-Nya dan orang-orang yang beriman dan sesungguhnya tidak dihalalkan bagi orang dahulu untuk menyerbu Mekah, hanya dihalalkan satu saat sahaja khusus untukku pada hari ini, dan sesungguhnya tidak dihalalkan lagi untuk sesiapa setelahku. Maka dilarang mengusir haiwan buruan itu, dilarang memotong tumbuh-tumbuhannya dan barang yang tercicir tidak halal dipungut kecuali bagi orang yang berniat mencari pemiliknya. Dan siapa yang keluarganya mati dibunuh, maka mereka mempunyai dua pilihan: menerima diyat (denda 100 ekor unta) atau qisas." (Musttafaq alaih)

Namun, dalam riwayat lain ada yang menyebutkan jika Allah SWT menjadikan Makkah sebagi tanah haram sejak Nabi Adam As tinggal di sana.
Dikisahkan masa itu, dia memohon kepada Allah SWT agar diselamatkan dari golongan iblis yang menggodanya di syurga.

Lalu, para malaikat turun ke bumi mengelilingi tempat Nabi Adam AS untuk menjaganya dari iblis. Tempat para malaikat berjaga itulah yang kemudian menjadi batas-batas Tanah Haram, iaitu: 
  • Utara kurang lebih 7 km 
  • Selatan kurang lebih 13 km 
  • Barat kurang lebih 25 km 
  • Timur kurang lebih 25 km