Saturday, August 20, 2016

Misteri, Wanita Hamil 17 Bulan Dan Belum Melahirkan Juga.

Seorang wanita di Hunan, China mengalami keadaan yang jarang berlaku. Dia telah mendakwa sedang hamil selama 17 bulan dan hingga kini belum ada tanda-tanda ingin melahirkan kandungannya. Wanita itu sepatutnya melahirkan anaknya pada November 2015, tetapi hingga ke hari ini dia masih mengandungi buah hatinya. 

Dipetik dari akhbar Shanghaiist, Jumaat (19/8/2016), bakal ibu bernama Wang Shi ini hamil pada Februari 2015. Bila tiba masa Wang sepatutunya beranak, ia mula bimbang kerana belum merasakan kontraksi pada perutnya seperti wanita yang ingin melahirkan. Sejak dari itu, dia melakukan check-up rutin ke hospital setiap minggu untuk memantau keadaan kandungannya.


Ia telah memeriksa kandungannya sebanyak 30 kali dan sudah menghabiskan bayaran bil hospital setinggi RM6000. Pada bulan ke-14 kehamilan, doktor mengatakan dia belum boleh melakukan operasi Caesar kerana janin yang di kandungnya dirasa belum cukup kuat.

Harian Rakyat mendakwa Wang boleh dimasukan ke dalam senarai Guinness World Record kerana ia telah mengandungi cukup lama, bahkan telah mengalahkan perempuan dari Amerika bernama Beulah Hunter yang melahirkan anak pada 1945 selepas hamil selama 375 hari. Kelahiran normal biasanya hanya kira-kira 9 bulan atau 280 hari. Kali ini, Wang sudah mengandung selama 517 hari.


Namun, Guinness belum mengiktiraf bahawa ini adalah "rekod dunia" dan doktor di hospital sangat ragu mengenai kenyataan Wang. Pihak hospital telah meminta Wang untuk menjalani ultrasound, tapi dia menolak.
Salah satu doktor di sebuah hospital mengatakan, Wang mungkin hamil kira-kira 38 minggu dan semuanya kelihatan sangat normal. "Tidak ada bukti perubatan yang menunjukkan bahawa dia telah hamil selama 17 bulan."

Dilaporkan, Wang tidak mempunyai rekod dari awal dia hamil di hospital tersebut. Sementara itu, Wang berkata bahawa berat badannya telah naik sebanyak 30kg selepas hamil. Pada mulanya berat badan Wang hanya 52.2 kg, namun kini 78 kg. Sementara itu, bayi dalam kandungannya dilaporkan mempunyai berat badan sekitar 3.8kg.