Sunday, August 21, 2016

Cerita Pilu Ayah Pulang Sambil Gendong Jasad Anak.

Cerita pilu seorang ayah yang pulang sambil menggendong jasad anaknya menjadi viral di media sosial.

Kejadian ini berlaku di Filipina. Jasad kanak-kanak yang tidak diketahui namanya itu di dukung oleh ayahnya dengan berjalan kaki dari hospital.

Diketahui kanak-kanak itu menderita kerana suatu penyakit yang belum diketahui namanya. Setelah di bawa ke hospital, ia meninggal dunia.

Kisahnya pun disebarkan kepada media sosial dan mendapat perhatian dari banyak netizen. Videonya menjadikan beribu-ribu like dan juga komen.


Tak hanya itu, bantuan dan sumbangan pun mula mengalir dari netizen dan warga setempat selepas video itu dipaparkan.

Netizen membantu bapa kanak-kanak itu membiayai pengebumian anak lelakinya dan yang lain menyumbang untuk keperluan yang lain.
Akhirnya bapa itu berjaya memberikan pengebumian yang sempurna bagi anak lelakinya. Semua itu berkat bantuan yang diberikan oleh netizen.

Proses mengkubur kanak-kanak itu berlangsung dengan ribuan pelawat ikut menghantar jenazah ke liang lahad.

Tak hanya itu, bapa tersebut juga mendapat bantuan tambahan berupa beca dari orang ramai.