Assalamualaikum. saya just nak share tentang "kebaikan suami saya untuk saya dan anak" almost 4 tahun suami saya tak bekerja selepas bisnes dia lingkup!
Mula-mula dia jadi malas nak bekerja mungkin sebab dia stress, sedih, kusut dengan keadaan dia masa tu. hari berganti hari dah 4 tahun dia tak bekerja, dia juga cuba mencari kerja yang dia minat tapi tak dapat. Duit simpanan hasil jual rumah makin hari makin habis sebab duit tu lah yang dia dok pakai setiap hari. Adalah beberapa kali kami gaduh besar sebab saya stress dengan keadaan suami yang tak bekerja, asyik dok rumah jer. Yang menangung saya sorang-sorang. Sampai tahap saya minta diceraikan sebab tak tahan dengan kehidupan macam ni.
Saya bekerja swasta selalu berjumpa client, yang muda yang tua yang kaya ratus ribu dalam akaun ASB dan macam-macam lagi. Saya takut saya terjebak dalam benda-benda yang tak masuk akal ni disebabkan suami saya tak bekerja!
Tapi Alhamdulillah....Sekarang anak sulung saya dah 3 tahun dan sekarang saya mengandung anak ke-2 5 bulan. Walaupun suami saya sampai sekarang tak bekerja kami masih cukup untuk makan minum, shopping dan keluar jalan-jalan bercuti macam keluarga normal yang lain. Rumah yang kami sewa sekarang rm1500 sebulan tapi masih cukup untuk bayar bulanan, Tak pernah miss bayar, selama 2 tahun kami menyewa di rumah ni selepas kami menjual rumah lama kami disebabkan suami hilang pekerjaan.
Suami setiap hari sembahyang dhuha dan 5 waktu tak pernah tinggal. Saya bersyukur sangat dikurniakan suami macam nie. Walaupun pada mulanya saya stress dan cuba nak melarikan diri dari dia tapi kami duduk berdua dan berbincang untuk masa depan anak-anak kami. Kadang-kadang saya terpikir macam mana kami boleh lagi menyewa rumah yang kos tinggi setiap bulan di kuala lumpur, kehidupan kami sempurna seperti ada dua orang yang bekerja dari suami dan isteri. Sedangkan saya seorang je yang bekerja. Indahnya dugaan Allah s.w.t. Alhamdulillah kami kekal sampai sekarang Insyaallah till jannah. Aaminn.
Kesimpulannya di sini, rezeki itu datang dari Allah. Rezeki itu sihat, rezeki itu anak-anak, rezeki itu bersabar dan rezeki datang tanpa diduga. Nasihat saya cubalah cari jalan penyelesaian untuk hindar dari penceraian, utamakan anak-anak dan muhasabah diri sepenuhnya. kami cukup bahagia sekarang. Alhamdulillah.
Kredit:- KRT
1 comments so far
nice
share