Sunday, July 24, 2016

Wanita Gemuk Lebih Cerdas Berbanding Wanita Kurus.

Anda sering tidak percaya diri kerana tubuh yang chubby berbanding rakan-rakan yang lain? Atau anda ingin punya tubuh langsing seperti para model? Tidak perlu iri berlebihan, kerana menurut kajian terbaru, wanita yang bertubuh gemuk justeru lebih bijak berbanding wanita bertubuh kurus.


Berita ini cukup mengejutkan bukan? Di antara banyaknya hasil kajian 'negatif' tentang tubuh gemuk, ternyata ada berita baik untuk wanita bertubuh gemuk. Penyelidikan yang dilakukan oleh University of Pittsburgh, Amerika Syarikat menunjukkan hasil menyenangkan, diterbitkan oleh Geniusbeauty.com. Penyelidikan pada 16,000 wanita dengan saiz tubuh berbeza menunjukkan bahawa wanita gemuk lebih bijak di bidang matematik, kimia, fizik dan ilmu lain.

Para saintis membuat kesimpulan bahawa hasil ujian pelbagai bidang ilmu menunjukkan keputusan lebih baik pada wanita bertubuh gemuk. Pada setiap tahap ujian, wanita bertubuh gemuk memperolehi markah lebih tinggi berbanding wanita bertubuh kurus. Para saintis membezakan hasil-hasil ujian ini dengan membandingkan perbezaan lingkar pinggang dan pinggul para wanita. Ternyata ukuran ini mempunyai erti khusus, semakin besar saiz lilitan tersebut, mereka mempunyai fikiran lebih tajam dan kecerdasan lebih baik.
Mengapa wanita gemuk lebih bijak berbanding wanita biasa? 

Para saintis dalam kajian menyimpulkan bahawa wanita gemuk mempunyai asid organik lebih banyak dalam tubuh mereka, sehingga hal itu berpengaruh pada kemampuan mental mereka. Secara khusus, wanita gemuk mempunyai asid lemak omega 3 lebih banyak dalam tubuh mereka. Tidak hairan jika otak mereka lebih 'cling' berbanding wanita bertubuh kurus.

Sekarang tidak perlu minder lagi jika anda bertubuh gemuk.

| SBP