Thursday, May 12, 2016

Bila Dah Cemburu Buta!!! Wanita Dipaksa Pakai Cawat Besi Elak Curang!

Seorang lelaki dilaporkan memaksa teman wanitanya memakai cawat besi berkunci.

Lelaki yang dikenali dengan nama keluarga, He berusia 29 tahun itu, mula memaksa teman wanitanya yang dikenali sebagai Xiao Tian memakai cawat besi berkunci itu, Ogos lalu apabila dia mengesyaki teman wanitanya berlaku curang dan menjalinkan hubungan sulit dengan lelaki lain.

Dia membeli cawat besi berkunci tersebut melalui internet dan mengarahkan wanita tersebut yang berumur 21 tahun memakainya ketika pergi bekerja setiap hari.

He akan memeriksa cawat besi berkunci tersebut, setiap malam apabila Xiao Tian pulang dari bekerja. Dia memeriksa dengan teliti untuk memastikan ia tidak dibuka sepanjang ketiadaannya. Apabila menemui tanda-tanda kunci pada cawat itu telah diumpil dan ditanggal menyebabkannya hilang kawalan dan mula menyerang gadis tersebut. Gadis tersebut di ikat dan dikurung dengan agak lama dalam bilik di rumahnya. Pada 23 Ogos, Xiao Tian berjaya melonggarkan tali yang digunakan untuk mengikat tangannya dan menulis nota yang berbunyi “tolong saya”. Dia kemudian mencampakkan nota tersebut keluar dari tingkap. Beberapa orang yang lalu lalang di bawah rumah tersebut, menemui nota itu dan membuat laporan polis. Pihak polis kemudiannya menyerbu rumah He untuk membebaskan Xiao Tian dan menahan lelaki itu.

He disabitkan kesalahan dengan menyekat kebebasan wanita yang menyalahi undang-undang dan Mahkamah Daerah Rakyat Qingyang, Chengdu menjatuhkan hukuman penjara tujuh bulan keatasnya.

| SBP

This Is The Oldest Page