Seorang wanita mempunyai tabiat ganjil, apabila dia gemar memakan rambutnya. Tindakannya itu telah menyebabkan doktor terpaksa membuat pembedahan bagi mengeluarkan rambut yang telah mencecah berat 1.5kg.
Menurut Ketua Pengarah Hospital al-Amal, Hudaida, Yaman Abdul Majeed al-Yusfi mengesahkan doktor hospital itu telah berjaya mengeluarkan seberat 1.5kg rambut dari seorang pesakit wanita yang menderita sakit perut dan muntah selama 20 tahun.

Pesakit wanita tersebut, menjalani pembedahan dengan segera, sebaik sahaja doktor al-Amal mengesan punca penyakit wanita itu adalah disebabkan rambutnya. Menurut Abdul Majeed lagi, ini merupakan kes pertama di hospital berkenaan. - sentiasabikinpanas.com