Saturday, May 14, 2016

Manusia Menyewakan Wajahnya Untuk Promosi Iklan.

Jerman: Seorang lelaki bernama Uwe Troschel, bertindak menyewakan wajahnya sekaligus dijadikan medium untuk mempromosikan sesuatu iklan. Bunyinya seperti tidak masuk akal dan pelik, tapi bagi nya, ia berkesan untuk mendapatkan wang dengan lebih cepat dan banyak.

Menurut Death and Taxes Magazine, lelaki ganjil ini telah melakar tujuh bahagian pada wajahnya. Setiap bahagian diletakkan harga tertentu bagi mempamerkan iklan yang ingin dipromosikan.

Bahagian pertama iaitu di atas dahi. Bahagian ini ditawarkan dengan harga sebanyak 50,000 euro. Manakala, pada bahagian batang hidung ke mulut, harga yang ditawarkannya agak murah iaitu 2,000 euro.

Di bahagian ketiga iaitu permukaan atas kedua-dua belah pipi, harga iklan yang ditawarkan berjumlah 20,000 euro.

Pada bahagian seterusnya iaitu di permukaan bawah kedua-dua belah pipi disewakan dengan harga sebanyak 1,500 euro. Akhir sekali, di bahagian dagu dikenakan caj sebanyak 5,000 euro.

Selain dia, seorang lagi wanita dari Amerika Syarikat yang bernama Kari Smith juga bertindak menyewakan wajahnya untuk promosi iklan.

Wajah wanita ini telah mendapat perhatian sebuah kasino terkenal dinegara itu yang dikenali sebagai Golden Palace. Difahamkan, pihak pengurusan kasino ini sanggup menawarkan habuan sebanyak $10,000 dollar kepada Smith.

Iklan berbayar tersebut yang tertera Goldenpalace.com, dicacah khas pada bahagian dahi wanita tersebut. - sentiasabikinpanas.com