Thursday, March 16, 2017

Semakan Keputusan SPM 2016.

Check SPM 2016 Results (16 March 2016) | Bagi pelajar-pelajar yang menduduki peperiksaan SPM pada tahun 2016 yang lalu, anda kini sudah boleh menyemak keputusan SPM 2016 secara online dan sms untuk mengetahui keputusan yang diperolehi.


Calon-calon SPM 2016 juga boleh mendapatkan keputusan dari sekolah masing-masing selepas jam 10.00 pagi pada (khamis) hari yang sama keputusan sebenar dikeluarkan.

Manakala bagi calon persendirian pula akan dimaklumkan melalui pos atau boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri tempat mereka mendaftar dahulu.

Disamping itu, Kementerian Pendidikan Malaysia juga menyediakan perkhidmatan semakan keputusan peperiksaan SPM 2016 melalui cara mySMS bermula jam 10.00 pagi.

Panduan Semakan Keputusan SPM 2016 melalui perkhidmatan mySMS:
  • Taip: SPM < jarak > No Kad Pengenalan < jarak > Angka Giliran dan hantar SMS ke 15888
  • Contoh: SPM 990511088536 AG012K018 hantar ke 15888
Panduan Semakan Keputusan SPM 2016 melalui Online:
Sila masukkan No Kad Pengenalan tanpa tanda (-) dan Nombor Angka Giliran tanpa “selang” dalam ruangan yang tersedia dan klik "Papar keputusan".

Semakan keputusan menerusi laman web hanya akan memaparkan ringkasan keputusan. Keputusan penuh boleh diperoleh di sekolah atau Jabatan Pendidikan Negeri.

Semoga berjaya buat adik-adik semua.


Wednesday, March 15, 2017

Apakah Yang Dimaksudkan Dengan E-Dagang?

E-Dagang atau "E-Commerce" secara ringkasnya, merupakan satu sistem laman web yang membolehkan pemiliknya melakukan penjualan atau jual beli bersama pelanggan.


Definisi penuh e-dagang adalah mengeksploitasi teknologi dan aplikasi untuk menghubungkan sistem perniagaan yang kritikal secara terus kepada pelanggan, pekerja dan pembekal melalui Intranet, Extranet dan WWW, tak kira saiz, lokasi dan jenis perniagaan.

Antara syarat e-dagang memerlukan pengemaskinian maklumat mutakhir dalam proses pentadbiran dan perniagaan.

Perdagangan elektronik, E-dagang atau dalam bahasa Inggerisnya Electronic Commerce (EC) adalah sebuah sistem perniagaan dan jual beli yang banyak menggunakan kemudahan teknologi maklumat terutama telekomunikasi canggih sehingga dapat melindungi dan memuaskan pengguna-penggunanya iaiitu yang terdiri daripada penjual, pembeli dan pihak-pihak yang ketiga seperti bank, syarikat kewangan, syarikat kad kredit, pengeluar sijil pengesahan digital dan lain-lain lagi.

Kebelakangan ini, ianya banyak menggunakan Internet khususnya Web untuk mengadakan satu rangkaian yang menyatukan pelanggan, penjual dan pihak-pihak ketiga dalam satu persekitaran elektronik yang selamat untuk semua pihak dan boleh dipercayai. 

Dengan E-dagang sesebuah syarikat atau individu boleh melakukan transaksi jual dan beli dari dan di mana sahaja di dunia ini.

Pra syarat terpenting untuk menjalankan perniagaan dalam suasana yang menggunakan teknologi E-Dagang ini ialah pemilikan kelengkapan IT yang sesuai dan prasarana telekomunikasi yang membolehkan anda mengkases Internet. Ini sudah tentunya bermula dengan sebuah komputer, modem dan talian telefon. 

Penggunaan E-dagang dijangka akan melonjak naik dari setahun demi setahun sesuai dengan meningkatan penerimaan IT di kalangan masyarakat, walau bagaimanapun di antara yang membelenggu penerimaan e-dagang secara lebih meluas di kalangan khalayak ramai ialah persepsi bahawa e-dagang masih tidak boleh dipercayai dari segi keselamatan dan kepercayaannya berbanding dengan cara-cara tradisional perdagangan.

Jenis-jenis E-dagang

E-dagang dapat dibahagikan kepada dua jenis utama iaitu di antara perniagaan dan perniagaan dan yang keduanya di antara perniagaan dan pengguna.

Jenis e-dagang yang pertama iaitu di antara perniagaan dan perniagaan melibatkan transaksi di antara dua atau lebih perniagaan atau syarikat di mana seringkali satu pihak merupakan syarikat pembekal kepada satu pihak yang lain.

Sebagai contohnya pengeluar kicap akan berinteraksi dengan sebuah pasaraya dalam proses memesan, menghantar dan membayar pesanan botol-botol kicap.

Jenis e-dagang yang kedua pula iaitu di antara perniagaan dengan pengguna pula melibatkan transaksi di antara penjual akhir sesuatu produk itu misalnya sebuah pasaraya yang menjual produk-produk kepada pengguna terakhir ialah orang ramai yang memesan satu atau dua botol kicap melalui e-dagang.

Dari segi jumlah transaksi yang dilakukan melalui e-dagang, jenis pertama iaitu transaksi di antara perniagaan dengan perniagaan sebenarnya paling banyak memberi kemanfaatan kepada sesebuah syarikat itu kerana jumlah pesanan di antara perniagaan seringkali besar dan kerap berbanding dengan di antara perniagaan dengan pengguna akhir. 

Walau bagaimanapun perkara ini mungkin berubah apabila lebih ramai pengguna akhir menggunakan e-dagang untuk membeli barangan seharian seperti kicap, bunga, beras, baju, kereta dan lain-lain keperluan konsumer sesebuah mesyarakat itu. 

Saiz E-dagang

Menurut statistik yang dikeluarkan oleh statista.com, 40 peratus pengguna internet diseluruh dunia membeli-belah melalui internet.

Dianggarkan seramai 1.2 bilion pengguna pada tahun 2015 membuat pembelian melalui internet dan dijangkakan akan terus meningkat.

Pada tahun 2013 jumlah transaksi e-dagang adalah sebanyak AS$1.2 trilion yang diurusniagakan dalam talian dan jumlah ini dijangkakan akan terus meningkat.

Skop E-dagang

Secara amnya, pasaran E-dagang meliputi enam bidang iaitu pengiklanan, pendidikan, kewangan, bidang professional, peruncitan dan pelancongan. Keenam-enam bidang ini telah menyumbang kepada pertumbuhan E-dagang yang memberangsangkan.

Sumber: ftsm

Tak Habis-habis Buat Lawak Bodoh!!! Raja Bomoh Letak Nyawa Rakyat Malaysia Dalam Bahaya?

Tindakan Raja Bomoh, Datuk Ibrahim Mat Zin memperolok-olokkan kekuatan tentera Korea Utara dengan upacara mistik melibatkan buah kelapa dan meriam buluh, boleh meletakkan keselamatan rakyat Malaysia dalam bahaya.


Ibrahim Mat Zin berkata, beliau kononnya melakukan 'scan' untuk 'memagar Malaysia di udara, bumi dan air'.

Dalam upacara itu, Mat Zin juga dilihat mengocak dan menepuk permukaan air laut dengan menyebut kalimah Allahuakbar berulang kali.

Sementara itu, sebuah blog melaporkan Ibrahim sebagai berkata bahawa ritual itu bertujuan memastikan keselamatan rakyat Malaysia yang berada di Korea Utara, selain bertujuan melindungi negara ini.

Upacara itu juga bertujuan untuk melembutkan hati pemimpin tertinggi Korea Utara agar segera membebaskan 11 rakyat Malaysia yang ditahan sekaligus memulihkan isu yang semakin berlarutan.

Malangnya, mana mungkin berpuluh-puluh kapal selam, beribu-ribu jet pejuang, kereta kebal, artileri, pelancar roket dan peluru berpandu milik tentera Korea Utara, jika perang meletus, dapat dihalang dengan buah kelapa dan meriam buluh sahaja?

Sudah tentu upacara ini tidak lain dan tidak bukan untuk merendah-rendahkan kemampuan Korea Utara, malah boleh ditafsirkan sebagai mencabar negara komunis itu untuk menyerang negara kita.

Berdasarkan analisis pakar-pakar pertahanan, jika perang meletus antara Korea Utara dan negara ini, kita akan tumpas dengan mudah kerana kekuatan tentera kita langsung tidak setanding dengan Korea Utara.

Dari segala segi, kekuatan ketenteraan kita adalah jauh serba kekurangan jika dibandingkan dengan Korea Utara.

Tidak ada kuasa di muka bumi ini yang boleh membantu negara kita untuk selamat dari serangan Korea Utara.

Kalau dengan kekuatan tentera pun tidak terlawan, “dengan apa cara kuasa Raja Bomoh boleh menandingi kekuatan tentera Korea Utara setakat menggunakan jampi, buluh dan buah kelapa? - dialograkyat

Raja Bomoh Buat Ritual Di HKL Pula!


Ibrahim Mat Zin yang baharu sahaja selesai ‘pasang pagar’ di pantai sekali lagi membuat ‘onar’ apabila beliau melakukan upacara ritual di luar pekarangan Institut Perubatan Forensik Negara di Hospital Kuala Lumpur (HKL) berkaitan kematian Kim Jong-nam.

Dalam kejadian terbaru ini, Ibrahim melakukan upacara ritual dengan menggunakan sepasang kayu sebagai teropong ketika membaca jampi sebelum beredar lima minit kemudian.

Menerusi rakaman, beliau bergerak ke kiri dan ke kanan bersama teropong azimat yang kemudian diselang selikan dengan bacaan doa secara duduk mencangkung.

Perbuatannya membuatkan para pengamal media yang berada di lokasi turut ‘ikut’ sama dengan gerakan Raja Bomoh itu. - mynewshub

| SBP

(4 Gambar) Ini Penjelasan Balas Pemandu Gen 2, Kenapa Dia Memandu Lawan Arus....Biar Betul Dia Ni...

Model sambilan yang memandu melawan arus sehingga mengakibatkan kematian seorang lelaki semalam, mendakwa melihat seakan-akan ada lori di depannya menyebabkan dia membuat pusingan U berhampiran Plaza Tol Sungai Dua.


Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid, berkata siasatan awal mendapati wanita berusia 19 tahun itu, berada dalam pengaruh alkohol dan dadah sehingga dia bertindak luar jangka.

Katanya, suspek yang berasal dari Taman Desa Murni sepatutnya memasuki susur keluar Sungai Dua untuk pulang ke rumahnya, namun terlajak sehingga ke Plaza Tol Sungai Dua.

"Suspek yang baru pulang minum di sebuah kelab bersama rakannya mendakwa ternampak sebuah lori di hadapannya menyebabkannya bertindak membuat pusingan U secara tiba-tiba sehingga bergesel dengan tiga kenderaan di situ.




"Suspek kemudian memandu laju kenderaannya secara melawan arus dalam jarak lima kilometer sebelum bertembung dengan sebuah kereta yang dipandu seorang lelaki berusia 26 tahun yang mengakibatkan lelaki itu maut," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah SPT, di sini, hari ini.

Dalam kejadian pada jam 7.50 pagi itu, wanita berkenaan memandu melawan arus hingga menyebabkan satu kematian dan empat pemandu lain cedera dalam kemalangan di Kilometer 134 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS).

Nik Ros berkata, pihaknya menerima empat laporan polis berhubung kemalangan itu, manakala tiga laporan lagi diterima polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Utara.

"Lapan saksi iaitu orang awam yang menyaksikan kejadian itu dan pemandu yang terbabit juga sudah tampil memberi keterangan.

"Bagi kes ini, kita membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 44, Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 15 (1) Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.

Sementara itu, Majistret Bukit Mertajam, Dianne Ningrad Nor Azahar, membenarkan permohonan reman empat hari ke atas wanita berkenaan.

| SBP

Inilah 7 Penyebab Kenapa Lelaki Cepat Pancut Yang Perlu Anda Ketahui.

Masalah cepat pancut antara gejala yang paling di takuti oleh lelaki. Sebagai panduan untuk anda, berikut adalah 7 sebab kenapa masalah cepat pancut terjadi.


1. Keyakinan yang rendah

Keyakinan rendah suami untuk puaskan isterinya akan jadi penyebab dia alami masalah cepat pancut.

Ini kerana dia akan ragu–ragu dalam tindakan dia untuk merangsang isterinya. Ragu–ragu hanya akan merosakkan hubungan seks.

2. Zakar yang terlalu sensitif 

Kepala zakar yang terlalu sensitif terhadap rangsangan juga akan jadi penyebab kepada masalah cepat pancut.

3. Tidak pandai bersetubuh 

Lelaki yang tiada ilmu yang cukup untuk melakukan persetubuhan pasti akan alami masalah cepat pancut. Ini kerana, mereka hanya ikut nafsu mereka sahaja tanpa memikirkan pasangan.

4. Kurangnya ilmu mengenai organ seksual wanita 

Bagi lelaki yang terlalu fokus pada dua organ seksual utama wanita iaitu payudara dan vagina, mereka akan tewas awal kerana mereka rasakan sudah cukup untuk rangsang isteri mereka melalui rangsangan pada dua organ ini. 

Padahal organ seksual wanita adalah seluruh badan termasuklah pemikiran. 

Anda perlu rangsang semuanya untuk beri kepuasan pada isteri supaya dia datang inzal.

5. Tertekan 

Perasaan tertekan menyebabkan anda ingin cepat tamatkan hubungan seks. Hasilnya, anda akan datang inzal lebih cepat dari isteri.

6. Tidak cukup terangsang 

Mereka yang terangsang secara fizikal dan emosi akan sabar untuk menikmati hubungan seks.

7. Marah

Perasaan marah pada pasangan akan menyebabkan anda terleka dari mengatur rangsangan yang sepatutnya.

Jika anda dapat mengelak dari tujuh penyebab di atas, anda pasti tidak akan alami masalah cepat pancut.

Sumber: anak-ketam

Sambutan Hari Hak Pengguna Sedunia, World Consumer Rights Day Lambang Pe­nya­tuan Semangat Permuafakatan Semua Pi­hak.

Sambutan Hari Hak Pengguna Sedunia, World Consumer Rights Day, diraikan pada tanggal 15 Mac setiap tahun di seluruh dunia sejak 1983, sebagai satu langkah dan lambang penyatuan semangat permuafakatan dan kerjasama semua pihak dalam menggerakkan isu kepenggunaan di peringkat antarabangsa.


Sokongan dan penghargaan kepada rakyat dengan memperkasakan hak dan kuasa pengguna melalui sambutan dan pelaksanaan penguatkuasaan adalah satu perkara yang wajar dipuji. 

Hari Hak-Hak Pengguna Sedunia ini pertama kali disambut pada 15 Mac 1983 dengan tarikh 15 Mac setiap tahun dipilih sebagai hari sambutan bagi memperingati tarikh hak-hak pengguna yang diperkenalkan dan diumumkan oleh Presiden John F. Kennady pada tahun 1962.

Di banyak negara isu melibatkan pengguna ini bukanlah satu perkara popular kerana melibatkan banyak pihak yang mempunyai kepentingan peribadi.

Malah terdapat kerajaan beberapa negara tanpa mengira maju atau miskin, kebiasaannya akan menyembunyikan perkara-perkara berkaitan pengguna hanya kerana mahu melindungi pihak peniaga yang sering memalsukan fakta atau kandungan sebenar bahan keluaran mereka.

Lebih malang kerana dalam kebanyakan perkara, masih banyak hal yang berkaitan pengguna bukan sahaja tidak boleh diselesaikan malah berlarutan tanpa penyelesaian.

Dalam sebuah masyarakat moden dan bertamadun tinggi, rakyatnya perlu menjuarai hak mereka sebagai pengguna. Jika kita benar-benar serius sudah sampai masanya kita semua bangkit menggunakan kuasa kita sebagai pengguna.

Hak-Hak Anda Sebagai Pengguna

Ketika ini terdapat 8 hak asasi pengguna yang telah diterima pakai diseluruh dunia dan diambil kira dalam undang-undang berkaitan pengguna sama ada untuk digubal, dipinda atau dikaji semula. Ketahuilah akan hak-hak anda sebagai pengguna.

Berikut adalah 8 hak anda sebagai pengguna yang wajar kita semua ketahui:

1. Hak untuk mendapatkan keperluan asas

Pengguna berhak mendapatkan barang dan perkhidmatan asas bagi menjamin kehidupan yang memuaskan di dunia moden ini.

Keperluan asas ini termasuk makanan yang mencukupi dan selamat, pakaian, perumahan, kemudahan kesihatan dan pendidikan, dan sebagainya.

2. Hak untuk mendapatkan keselamatan

Pengguna dilindungi daripada pemprosesan dan pemasaran barang serta perkhidmatan yang boleh membahayakan pengguna.

3. Hak untuk mendapatkan maklumat

Pengguna mesti diberi maklumat yang mencukupi dan tepat untuk memudahkannya membuat keputusan yang bijak.

Pengguna hendaklah dilindungi juga daripada dakyah pengiklanan, pelabelan dan amalan lain yang palsu, penipuan dan penyelewengan.

4. Hak untuk membuat pilihan

Pengguna dipastikan mendapat maklumat langsung mengenai pelbagai keluaran dan perkhidmatan.

Pengguna perlu diberikan penerangan yang dapat memberi pilihan dalam membuat keputusan. Perlu ada jaminan bagi menentukan mutu dan perkhidmatan memuaskan dengan harga yang berpatutan.

5. Hak untuk bersuara

Perkara ini bagi memastikan kepentingan pengguna mendapat pertimbangan yang sewajarnya dalam penggubalan dasar kerajaan dan tindakan yang cepat serta saksama daripada pentadbiran pengadilan.

6. Hak untuk mendapatkan ganti rugi

Pengguna berhak mendapat penyelesaian untuk pembelian keluaran yang cacat atau berbahaya ataupun perihal dagangannya yang `mengelirukan' serta pampasan bagi perkhidmatan yang menyeleweng atau tidak menepati perjanjian.

Ganti rugi harus diberi bagi keluaran atau perkhidmatan yang mengakibatkan kecederaan kepada penggunanya yang menggunakan keluaran atau perkhidmatan itu mengikut arahan pengeluar.

Ganti rugi juga wajib diberikan kepada pengguna yang menjadi mangsa akibat kecuaian majikan.

7. Hak untuk mendapatkan pendidikan pengguna

Pengguna berhak mendapat pendidikan pengguna yang mencukupi dan berterusan. Perkara ini kerana sistem pendidikan lazimnya tidak memberi perhatian yang sewajarnya kepada pendidikan pengguna.

Falsafah pendidikan pengguna masa ini lebih cenderung melatih pelajar menjadi pekerja atau majikan yang berkesan dan kurang melatih bagaimana hendak menjadi pengguna yang bijak.

8. Hak untuk mendapatkan alam sekitar yang sihat dan selamat

Pengguna berhak hidup dan bekerja dalam alam sekitar yang bersih dan sihat serta bebas daripada sebarang keadaan yang berbahaya.

Hak ini diperjuangkan oleh pengguna kerana kadar pencemaran kian meningkat dan adanya unsur alam semula jadi yang semakin pupus atau dimusnahkan.<

Hak Pengguna Untuk Pemakanan Sejagat

Di Malaysia, Sambutan Hari Hak-Hak Pengguna Sedunia ini dikelola di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK).

Semoga memberi manfaat.

Sumber: Utusan | Relaksminda