Showing posts with label pelik. Show all posts
Showing posts with label pelik. Show all posts

Friday, July 22, 2016

Buah Nangka Seakan Ibu Sedang Mendukung Anak.

Seorang pekebun terkejut apabila nangka madu yang ditanam berhampiran rumahnya di Pekan Kayu Ara Pasong, dekat sini, berbentuk seakan-akan ibu yang sedang mendukung anak.


Abdul Hamid Sargidon, 70, berkata, dia menanam benih nangka madu itu beberapa tahun lalu dan hanya menyedari pokok itu mula mengeluarkan buah pada minggu lalu.

“Saya nampak pokok nangka madu itu mula berbuah dan buahnya hanya sebiji di batang pokok.

“Saya dan isteri kemudiannya membersihkan kawasan sekitar pokok yang dipenuhi dengan lalang dan dahan pokok pelam yang terletak di sebelahnya beberapa hari lalu,” katanya.

Jelasnya, selepas dibersihkan, dia dan isteri amat terkejut apabila mendapati nangka madu itu mempunyai bentuk seakan seorang ibu yang mendukung anaknya.
“Saya dan isteri terfikir bentuk nangka seolah-olah melambangkan kami yang mempunyai sebuah keluarga besar iaitu anak seramai enam orang dengan 17 cucu serta seorang cicit yang masih kecil,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, semalam.

Katanya, kejadian pelik itu pertama kali dialami sepanjang penglibatannya dalam bidang pertanian dan tidak pernah melihatnya di tempat lain.

“Saya akan terus biarkannya membesar dan jaga pokok nangka madu ini dengan sebaiknya,” katanya.

Kewujudan nangka pelik itu turut menyebabkan rumahnya menjadi tumpuan penduduk sekitar yang mahu melihat sendiri buah tersebut. - Sinarharian

Wednesday, July 20, 2016

Pokok Nangka ~ Berbuah Pisang Dan Mempunyai Rasa Durian.

Penemuan sebatang pokok nangka di sebuah kampung yang bernama Cilubang, Kecamatan Cicantayan, Sukabumi Indonesia telah menimbulkan kegemparan penduduk sekitarnya tahun lalu.

Ini kerana pokok nangka itu telah berbuahkan pisang, menambahkan lagi kepelikannya, jika dimakan nangka berbentuk pisang itu mempunyai rasa seperti buah durian pula.

Menurut pemilik pokok nangka itu Sirojudin “Pohon nangka ini untuk kedua kalinya berbuahkan pisang dengan rasa durian.

Bagi saya, ini merupakan anugerah Allah SWT,” katanya kepada wartawan.


Kerana ramainya orang yang ingin melihat nangka pelik ini, pemilik pokok nangka ini Sirojudin telah meletakkan kotak amal di kebunnya.


“Hasil sedekah dari orang ramai ini, Insya Allah digunakan untuk pembangunan pusat keagamaan disini,” katanya lagi.


Saturday, May 14, 2016

Wanita Buang Tabiat; Makan Rambut Sendiri.

Seorang wanita mempunyai tabiat ganjil, apabila dia gemar memakan rambutnya. Tindakannya itu telah menyebabkan doktor terpaksa membuat pembedahan bagi mengeluarkan rambut yang telah mencecah berat 1.5kg.

Menurut Ketua Pengarah Hospital al-Amal, Hudaida, Yaman Abdul Majeed al-Yusfi mengesahkan doktor hospital itu telah berjaya mengeluarkan seberat 1.5kg rambut dari seorang pesakit wanita yang menderita sakit perut dan muntah selama 20 tahun.

Wanita berumur 27 tahun itu mempunyai tabiat ganjil tersebut sejak berusia tujuh tahun. Rambut tersebut dikesan apabila wanita yang enggan identitinya didedahkan itu melakukan pemeriksaan x-ray dan diagnosis untuk mengenalpasti penyakit yang dihidapinya.

Pesakit wanita tersebut, menjalani pembedahan dengan segera, sebaik sahaja doktor al-Amal mengesan punca penyakit wanita itu adalah disebabkan rambutnya. Menurut Abdul Majeed lagi, ini merupakan kes pertama di hospital berkenaan. - sentiasabikinpanas.com

Thursday, May 12, 2016

Wanita Ganjil Ketagih Menjilat Dan Memakan Bulu Kucing.

Seorang wanita berusia 43 tahun berasal dari Detroit bernama Lisa memiliki tabiat makan yang agak ganjil iaitu suka menjilat dan memakan bulu kucing sejak 15 tahun lalu.


Lisa telah mendedahkan keganjilan dirinya dalam rancangan popular TLC tahun ini. Dia memperolehi bulu-bulu tersebut dengan mengumpul bulu gugur dari kucing peliharaan yang bertaburan di dalam apartmentnya.

Lisa mengaku bahawa menjilat kucing rasanya lebih enak daripada memakan bulu kucing.
Meskipun begitu, Lisa membuat pengecualian untuk tidak menjilat kaki dan bahagian dubur kucingnya. Lisa memakan segulung bulu kucing setiap 2 jam.

"Ini bukan sindrom yang biasa tetapi merupakan sindrom berkait rapat dengan gangguan jiwa," kata Dr. Fedida.

"Saya sudah melihat pesakit seperti itu, sebahagian besar adalah perempuan. Mereka selalunya memiliki beberapa gangguan mental." tambahnya lagi. 

| SBP