Showing posts with label info dalam negara. Show all posts
Showing posts with label info dalam negara. Show all posts

Monday, May 16, 2016

Diusia 13 Tahun Sudah Menjadi Janda Muda!

Kurang seminggu sebelum sempat menyambut ulangtahun pertama perkahwinan, pasangan muda Nor Fazira Saad, 13 dan Mohd Fahmi Alias, 20, disahkan bercerai dengan talak tiga pada 11 November lalu di Mahkamah Syariah Kulim.

Nor Fazira berusia 12 tahun ketika dinikahkan dengan pasangannya, Mohd Fahmi yang ketika itu berusia 20 tahun.

Memetik laporan Harian Metro, bapa Nor Fazira, Saad Mustafa, 43, berkata, beliau menerima kenyataan berkenaan walaupun pahit dan menganggap bukan jodoh anaknya untuk kekal di alam perkahwinan.

Saad turut memberitahu bahawa dia tidak mengetahui punca sebenar keretakan rumah tangga anaknya itu kerana Nor Fazira tidak banyak bercakap mengenai nasib yang menimpa dirinya.

Buat masa ini, Nor Fazira tinggal bersama bapa saudaranya di Padang Serai supaya jiwanya kembali tenang.

Harian Metro turut melaporkan kegagalan untuk menghubungi keluarga Mohd Fahmi untuk mendapatkan maklum balas.

Nor Fazira mendirikan rumah tangga dengan pasangannya pada usia 12 tahun selepas mendapat perintah mahkamah mengikut Seksyen 18 (1) (a) Enakmen Undang Undang Keluarga Islam Kedah 2008.

Majlis pernikahan pasangan itu dilangsungkan di Masjid Kampung Padang Cina dengan mas kahwin RM1,500 serta wang hantaran RM4,552 pada 17 November 2012 selepas mendapat perintah kebenaran untuk bernikah di bawah umur daripada Mahkamah Rendah Syariah Kulim pada 7 November 2012.

Berdasarkan statistik Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), terdapat kira-kira 1,165 permohonan untuk berkahwin pada 2012 dan Mahkamah Syariah telah meluluskan 1,022 daripada permohonan terbabit.

Ia merupakan peningkatan berbanding rekod 2011, iaitu kira-kira 900 perkahwinan.

Sehingga Mei tahun ini, JKSM menerima 600 permohonan perkahwinan, di mana 446 telah diluluskan.

Di Malaysia, undang-undang umur minimum perkahwinan adalah 18 tahun, tetapi 16 tahun untuk anak gadis Muslim dan mereka yang berusia di bawah 16 tahun boleh berkahwin dengan keizinan Mahkamah Syariah.

Sumber: Awani

Sunday, May 15, 2016

Isteri TYT Sarawak Dihadiahkan Kereta Mewah Bentley Merah Putih!

YANG Dipertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud menghadiahkan isteri tersayang, Toh Puan Raghad Kurdi Taib sebuah kereta mewah Bentley berharga RM1.5 juta. 

Kejutan hadiah sempena ulang tahun kelima perkahwinan mereka itu diberikan ketika majlis sambutan hari lahir ke-80 Abdul Taib, Sabtu lalu.

Kenderaan berjenama mewah berwarna putih itu diikat dengan reben gergasi sebelum diserahkan kepada Raghad.

Abdul Taib berkahwin dengan Raghad, 37, wanita kelahiran Lubnan pada 18 Disember 2010 di Kuching, Sarawak. 

'Baby Hatch' Tempat Terakhir Bayi Luar Nikah.

Petaling Jaya: Peti pelindung bayi atau ‘baby hatch’ adalah pilihan terakhir kepada bakal ibu yang mengandung anak tidak sah taraf atau diabaikan oleh anggota keluarga masing-masing, menurut yayasan yang mengendalikan program berkenaan.

Bagaimanapun, Yayasan Orphancare yang menyediakan kemudahan itu menasihatkan bakal ibu yang ingin meletakkan bayi mereka dalam program baby hatch supaya mendapatkan nasihat daripada yayasan terlebih dahulu.

Pemegang Amanah Yayasan Orphancare, Noraini Hashim berkata dengan cara itu, pihaknya akan dapat mengenal pasti identiti bayi berkenaan sebelum diserahkan kepada pasangan yang mahu mengambilnya sebagai anak angkat.

“Yayasan amat menitikberatkan kehidupan bayi tersebut, oleh itu adalah lebih baik jika mereka (bakal ibu) yang menghantar bayi ke baby hatch supaya dapat berjumpa dengan pihak kami,” katanya ketika ditemui Bernama, baru-baru ini.

Noraini berkata bayi yang diletakkan di dalam baby hatch tanpa identiti akan menyukarkan pihaknya untuk mengenal pasti status bayi itu dari segi agama, keturunan dan bangsa.

Menurut Noraini, sejak tahun 2009, yayasan itu menyelamatkan 137 bayi terbuang dan daripada jumlah itu, 22 adalah bayi yang diletakkan di dalam baby hatch.

Bayi yang diselamatkan itu ada antaranya dijaga anggota keluarga mereka selepas mendapat kaunseling atau diserahkan kepada pasangan yang belum mempunyai anak untuk dijadikan anak angkat.

Namun, katanya, jumlah kecil bayi yang diletakkan di dalam baby batch menunjukkan ibu itu lebih memilih untuk membuang bayi mereka daripada dihantar ke tempat yang lebih selamat.

Katanya tahun lalu, seramai 15 bayi dan enam baby hatch diselamatkan oleh yayasan manakala tiga bayi serta empat baby hatch diselamatkan setakat ini.

Jelasnya, meletakkan bayi di baby hatch bukanlah satu kesalahan jenayah dan yayasan sentiasa bersedia menerima bayi berkenaan untuk diberikan perlindungan.

Baby hatch merupakan sebuah peti pelindung bayi yang dilengkapi dengan pendingin hawa, tilam dan bantal, lampu, kamera litar tertutup termasuk sensor berat badan yang akan mengaktifkan penggera supaya penjaga pusat berkenaan mengetahui bayi diletak di dalam peti itu.

Peti berkenaan tidak boleh dibuka semula selepas bayi diletak di dalamnya sebagai langkah keselamatan bagi mengelak bayi itu diambil oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Noraini berkata bayi yang diletakkan di dalam baby hatch itu akan diserahkan kepada pasangan yang telah berdaftar untuk proses pengambilan anak angkat kendalian yayasan berdasarkan garis panduan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dengan beberapa syarat tambahan daripada yayasan.

“Antara syarat itu ialah pasangan ibu bapa angkat perlu menghadiri kursus selama lapan jam di Orphancare, menjawab soal selidik daripada JKM dan Orphancare serta kunjungan secara mengejut oleh pihak yayasan ke rumah pasangan berkenaan.

“Setakat ini, seramai 759 pasangan berdaftar dan melepasi tapisan sedang menunggu giliran untuk mendapatkan bayi daripada yayasan,” katanya.

Noraini berkata yayasan juga akan memantau perkembangan anak-anak yang diserahkan kepada keluarga angkat melalui lawatan setiap enam, 12 dan 24 bulan selepas proses pengambilan anak angkat selain mengadakan majlis ramah mesra setiap tahun.

Terdapat 11 buah baby hatch ditubuhkan di seluruh negara termasuk tiga dikendalikan oleh yayasan iaitu di Kampung Tunku, Petaling Jaya; Bandar Baru Uda, Johor Baharu dan Sungai Petani, Kedah.

Baby hatch yang lain adalah di KPJ Healthcare Berhad (KPJ) di Damansara Specialist Hospital; KPJ Ipoh, Perak; KPJ Johor; KPJ Tawakal, Kuala Lumpur; KPJ Seremban, Negeri Sembilan; KPJ Pulau Pinang; KPJ Perdana, Kelantan dan KPJ Kuantan, Pahang. - sentiasabikinpanas.com

Sumber: Bernama

Harga Kekal RM1 Untuk Sepinggan, Walaupun Telah Berniaga 30 Tahun.

Disebalik harga kos bahan mentah dan barang lain semakin mahal di pasaran, namun masih ada yang menjual nasi berlauk semurah RM1 sapa seperti tahun 90-an dahulu, lapor Harian Metro.

Sebuah gerai makan yang terletak di Tumpat, Kelantan iaitu kedai Kopi Pak Yeh yang terletak di Kampung Bendang Kerian, Berangan, menawarkan nasi murah berkenaan kepada orang ramai.

Menurut pemilik gerai makanan berkenaan, Pak Yeh atau nama sebenarnya, Idris Awang, 69, walaupun nasi di kedainya dijual pada harga RM1, dia masih mampu mendapat keuntungan hasil jualanya.

Kedainya itu dibuka seawal jam 7.30 pagi mendapat tumpuan daripada pelbagai lapisan masyarakat terutamanya daripada penduduk sekitar dan pelajar.

“Saya berniaga sudah melebihi 30 tahun dan pada awal perniagaan nasi berlauk yang saya jual hanya berharga 30 sen sepinggan untuk dua pilihan lauk iaitu gulai ayam dan gulai ikan tongkol.

“Sejak daripada itu, harga nasi dijual dinaikkan beberapa kali berikutan peningkatan kos bahan mentah dan sehingga hari ini, saya masih kekalkan nasi berlauk di kedai ini pada harga RM1,” katanya.

Selain menjual nasi berlauk, beliau juga menjual kuih muih semurah empat biji untuk RM1 dan masih menawarkan minuman semurah 60 sen untuk teh 'O'.  - sentiasabikinpanas.com

Saturday, May 14, 2016

Inilah Jadi Apabila IBUBAPA Kurang Peka Dan Tidak Baca Surat Khabar!!! Ibu Tertinggal ANAK Dalam Kereta Selama Sejam.

Hanya disebabkan terlalu ghairah untuk berjumpa dengan ahli keluarganya, seorang wanita terlupa yang anaknya berumur dua tahun telah tertinggal di dalam kereta hampir sejam di Taman Iskandar Perdana, kelmarin, lapor Sinar Harian.


Wanita berkenaan berumur 30an itu telah datang melawat ahli keluarganya yang tinggal di situ, akhirnya menyedari ketiadaan anak perempuannya kira-kira jam 1 petang selepas hampir sejam keluar daripada kereta.

Ketika sampai ke kereta, kelihatan kanak-kanak itu sedang menangis dan berpeluh menyebabkan khidmat anggota bomba dipanggil untuk membantu.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Seri Iskandar, Zaiful Effendi Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan mengatakan ada kanak-kanak terperangkap dalam kenderaan.

“Apabila kami melihat keadaan kanak-kanak itu sedang menangis dan berpeluh-peluh, selain sedikit lemah, anggota kami meminta keizinan wanita itu untuk memecahkan cermin pintu belakang bahagian penumpang.

“Kanak-kanak itu berjaya dikeluarkan dalam keadaan selamat dan diserahkan semula kepada ibunya untuk ditenangkan,” katanya.

Pihak bomba telah mengerah seramai lima anggota diketuai Pegawai Bomba Ahmad Roszairil ditugaskan dalam kejadian itu. | Sentiasabikinpanas

Thursday, May 12, 2016

Senangnya Melayu Ditipu Isu Halal.

Mudah saja nak tipu Melayu. Bagi peniaga bukan-Melayu mereka sudah pasti dah kaji psikologi Melayu yang merupakan pembeli terbesar di negara ini sebelum memasar barangan mereka. Bila dah tau psikologi Melayu, mudahlah mempermainkan perasaan mereka.

Jika di depan orang Melayu diletakkan dua bungkusan barang, yang pertama cap masjid dan yang kedua cap rumah pangsa, psikologi Melayu akan lebih terarah untuk membeli barangan cap masjid. Alasannya mudah saja: masjid tempat suci, pengeluar barang itu juga mesti orang Islam yang mementingkan kesucian.

Begitu juga jika diletakkan di depan orang Melayu dua bungkusan barang, yang pertama cap ketayap dan yang kedua cap topi besbol, rasanya psikologi Melayu lebih meminati barangan cap ketayap kerana ketayap lebih sinonim dengan Islam berbanding topi besbol.

Orang bukan Islam yang mengeluarkan barangan cap masjid dan cap ketayap, tentu ketawa dalam hati dengan 'kecerdikan' orang Melayu ini. Orang Melayu pengeluar barangan cap rumah pangsa dan cap topi besbol pula tentu geleng kepala bila orang Melayu lebih minat membeli barangan keluaran bukan Islam yang belum tentu terjamin kehalalan, kebersihan dan kesuciannya.

Kilang bihun cap masjid yang kotor dan jijik.
Begitulah yang terjadi 2-3 hari ini bila heboh tentang bihun cap masjid yang diperintah tutup oleh DBKL kerana kilangnya yang sangat kotor dan jijik. Pengeluar bihun cap masjid yang beroperasi di Jalan Ipoh ini bukan beragama Islam tapi dia pandai mengatur strategi dengan meletakkan masjid sebagai cap dagangannya yang pasti menarik belian orang-orang Melayu.

Seperti kata Persatuan Pengguna Islam Malaysia, orang Islam boleh buat pilihan sendiri sama ada mahu membeli produk bihun keluaran orang Islam atau bukan Islam. Antara bihun keluaran syarikat yang dimiliki oleh orang Islam ialah bihun jenama Faiza, HPA, Jasmine dan Era.

Tepuk dada tanya selera. [Sumber]