Thursday, March 30, 2017

Resepi Pulut Mangga Thai Special Ini Dikongsi Lebih 100 Ribu Pengguna Facebook.

Keenakan dan kelazatan pulut mangga thai semestinya menjadi kegemaran orang ramai. Hidangan ini amat terkenal di negara Thailand. 



Jom kita cuba resipi mudah Pulut Mangga Thai ini yang amat sesuai dihidangkan bersama seisi keluarga.


Paling suka bila buat sendiri, pulut kasi masak betul2, jgn keras! Santan tu jgn cair sgt! Sedapppp sgt! Try la.. Share cpt!

Bahan-bahannya:

● Bahan-bahan untuk pulut mangga
● 400 gram beras pulut, rendam semalaman
● 1 cawan santan pekat
● 1 cawan santan cair
● 2-3 sudu besar gula
● sedikit garam
● beberapa helai daun pandan, atau daun pisang
● 2 sudu besar bijan, dibakar tanpa minyak untuk taburan
● 3 biji mangga

Bahan untuk kuah santan:

● 1 cawan santan pekat
● 1 sudu kecil tepung beras atau tepung jagung, bancuh dengan sedikit air
● 1 helai daun pandan, carik dan simpul
● garam secukup rasa (biar kuah agak masin)

Cara Penyediaan:

Cara-cara untuk pulut:
  1. Panaskan pengukus. Lapik dulang pengukus dengan daun pisang atau susun daun pandan rapat-rapat.
  2. Bilas pulut yang telah direndam semalaman dan tapis keluar airnya. Masukkan ke dalam dulang kukusan dan kukus sehingga lembut. Anggaran masa kukus adalah selama 20 minit.
  3. Apabila sudah lembut, angkat dan masukkan pulut kukus ke dalam mangkuk yang besar.
  4. Satukan santan pekat, santan cair, gula dan garam dan kacau sebati. Tuang bancuhan santan ke dalam pulut yang masih panas tadi. Balik-balikkan pulut dan biar seketika supaya kuah bancuhan meresap ke dalam pulut. Apabila pulut sudah kering meresap kuah santan, ambil garfu dan gemburkan pulut.
  5. Hidang bersama kuah santan, buah mangga dan taburan bijan.
Cara-cara untuk kuah santan:
  1. Panaskan santan pekat di dalam periuk dan masak di atas api yang sederhana. Masukkan garam, daun pandan dan bancuhan tepung. Teruskan kacau supaya santan tidak berketul. Kalau agak cair masukkan sedikit lagi bancuhan tepung. Anda boleh agak-agak kepekatan di sini.
  2. Pastikan kuah mempunyai rasa yang agak masin supaya dapat menyeimbangi rasa manis buah dan pulut. Angkat dan sejukkan.

Tak Masuk Akal...10 Tahun Kotak Terbiar Di Pejabat Pos, Lelaki Ini Terkejut Beruk Apabila Lihat Isi Dalam Kotak Tersebut!

Seorang lelaki 'HISTERIA' apabila membuka sebuah kotak yg terbiar 10 tahun tanpa terusik...apa yg lebih 'menyeramkan', tak siapa berani buka kotak tersebut sehinggalah suatu hari, lelaki ini terduduk tak terkata apabila dia membuka kotak dan menyedari isi kandungannya adalah...


Sebuah syarikat penghantaran barang dikejutkan oleh pakej misteri.

Dipetik dari sebuah portal dari negara jiran, seorang pembeli dalam talian membeli sebuah pakej besar dan sudah dibayar.

Akhirnya mereka pun pergi menghantarkan pakej tersebut, anehnya pembelinya tak pernah ada di rumah.

Pakej ini akhirnya disimpan di ruang simpanan syarikat tersebut selama 10 tahun. Dari kotak luarnya sudah kelihatan tanda-tanda sebuah motor lumba.

Setelah 10 tahun berlalu dan tidak ada yang mengambil pakej ini, akhirnya mereka membuka kotaknya untuk diperiksa.

Walaupun sudah lewat 10 tahun dan kotaknya berdebu bahkan berjamur, tapi keadaan barang dalam kotak tersebut masih baik.

Dalam kotak besar tersebut rupanya mengandungi sebuah motor sport berwarna merah. Melihat pemandangan ini, semua pekerja syarikat tersebut terkedu.

10 tahun lamanya motor ini ada di gudang mereka dan anehnya tidak ada yang cuba membukanya. Setelah itu mereka pun melaporkannya kepada pihak berkuasa.

Akhirnya hakim memutuskan buat memberikan motor Ducati ini kepada pekerja paling senior di syarikat itu yang ternyata adalah seorang wanita tua!

Alasannya adalah kerana selama 10 tahun wanita ini yang menjaga keberadaan motor tersebut.

| SBP

Tuesday, March 28, 2017

Simptom, Punca Dan Cara Merawat Epilepsi Atau Sawan Yang Perlu Anda Tahu.

Epilepsi atau ayan dan lebih dikenali sebagai penyakit sawan adalah gangguan otak apabila sel-sel saraf dalam otak kadang-kala mengeluarkan isyarat yang luar biasa.


Corak aktiviti neuron terganggu dan menjejaskan perasaan, tingkah laku dan emosi atau kadang-kala menyebabkan kejang otot dan pengsan.

Seseorang yang mengalami sawan tidak bermakna ia mempunyai epilepsi. Sekiranya seseorang kerap mengalami sawan (dua atau lebih) dikenalpasti mempunyai epilepsi.

Epilepsi tidak berjangkit dan tidak disebabkan oleh penyakit atau kemerosotan mental.

Epilepsi boleh dikawal, namun sesetengahnya sembuh dengan sendiri.

Punca

Epilepsi berpunca dari pelbagai faktor. Sebarang gangguan pada aktiviti normal neuron samada penyakit mahupun kecederaan otak boleh menyebabkan sawan.

Sebahagian besar sawan tidak diketahui puncanya.

Punca epilepsi:
  • Faktor-faktor genetik.
  • Kecederaan pranatal (sebelum kelahiran) dan masalah tumbesaran.
  • Cedera di otak.
  • Keracunan.
  • Tumor otak.
  • Pengambilan alkohol berlebihan.
  • Penyakit Alzheimer.
  • Angin ahmar (strok).
  • Jangkitan otak.
  • Serangan sawan juga boleh berlaku jika kurang tidur, meminum alkohol, stres atau mengalami perubahan hormon yang berkaitan dengan haid.
Tanda dan Gejala Epilepsi

Gejala epilepsi bergantung kepada kawasan otak yang terjejas.

Sawan setempat berlaku disebabkan oleh kejadian aktiviti yang tidak normal di salah satu kawasan otak.

Tanda dan gejala sawan setempat adalah:
  • Berasa gembira yang secara tiba-tiba tanpa sebarang sebab.
  • Berasa marah.
  • Berasa sedih.
  • Loya.
  • Halusinasi (mendengar, bau, rasa, melihat atau merasa perkara yang tidak benar).
  • Berlaku samada mereka sedar atau tidak sedar.
  • Mampu melakukan pergerakan berulang-ulang (automasi) seperti mengelip mata, mengenyit mata dan menggerakkan mulut.
  • Sesetengah pesakit mempunyai aura tersendiri dengan menunjukkan tanda luar biasa atau amaran sebelum mendapat serangan.
Sawan menyeluruh berlaku akibat kejadian aktiviti tidak normal di kedua-dua belah otak.

Tanda dan gejala sawan menyeluruh adalah:
  • Tidak sedar.
  • Jatuh.
  • Kejang otot yang teruk.
  • Kancing gigi.
  • Mulut berbuih.
  • Terkencing.
  • Terbuang air besar.
Diagnosis Epilepsi

Diagnosa epilepsi adalah berdasarkan keterangan yang tepat yang diperolehi daripada individu yang menyaksikan kejadian serangan sawan ke atas pesakit.

Diagnosa epilepsi dilakukan dengan ujian EEG (electroensefalogram) dan imbasan otak.

EEG adalah rekod gelombang otak dengan meletakkan elektrod pada kulit kepala. EEG boleh mengesan aktiviti gelombang otak yang tidak normal.

Namun, ujian ini boleh menjadi kurang tepat kerana gelombang otak sesetengah pesakit direkodkan normal walaupun selepas mengalami sawan.

Pemantauan melalui video boleh digunakan bersama EEG untuk menentukan jenis sawan seseorang.

Imbasan otak yang digunakan adalah imej resonan magnetik (MRI). MRI digunakan bagi mengesan keabnormalan struktur di dalam otak

Ujian lain termasuk imbasan PET (tomografi pancaran positron), imbasan SPECT dan fungsi MRI. PET, SPECT dan fungsi MRI digunakan bagi mengesan keabnormalan fungsi otak.

Komplikasi

Kebanyakan pesakit epilepsi boleh menjalani kehidupan yang aktif, namun berisiko kepada 2 keadaan bahaya iaitu status epileptikus dan kematian secara tiba-tiba tanpa sebab.

Status epileptikus adalah serangan sawan yang berulang-ulang yang berpanjangan dan pesakit tidak sedarkan diri. Ia dirawat dengan pelbagai ubat anti-epileptik dan boleh mengancam nyawa.

Risiko kematian mengejut di kalangan penghidap epilepsi semakin meningkat, tetapi punca kematian tidak diketahui.

Risiko kematian mengejut juga terdapat di kalangan orang biasa. Walau bagaimanapun, risikonya adalah dua kali ganda. Punca sebenar kejadian ini tidak diketahui.

Rawatan Epilespi

Diagnosis yang tepat adalah penting untuk rawatan epilepsi.

Rawatan ubat-ubatan anti-epilepsi masa kini boleh mengawal 80% pesakit epilepsi manakala 20% lagi sukar dirawat dan disebut sebagai epilepsi refraktori.

Apabila epilepsi dikesan, rawatan perlu dimulakan secepat mungkin.

Terdapat pelbagai ubat-ubatan pencegah epilepsi yang mempunyai manfaat serta kesan sampingan tersendiri.

Pilihan ubat pencegah epilepsi bergantung kepada umur dan sifat sawan, gaya hidup pesakit, kekerapan sawan dan bagi wanita- samada hamil atau tidak.

Semua pesakit perlu mematuhi regimen rawatan dan berbincang dengan doktor sekiranya mengalami kesan sampingan dari ubat yang diambil.

Kebanyakan pesakit dirawat dengan sejenis ubat sahaja. Walau bagaimanapun, sesetengah pesakit memerlukan kombinasi ubat-ubatan anti-epilepsi.

Kesan sampingan kecil ubat termasuklah pening, berat badan bertambah dan keletihan. Kadang-kala pesakit mengalami kesan sampingan yang lebih serius seperti kesan buruk alergi yang boleh membawa maut seperti Steven Johnson Syndrome.

Ubat epilepsi juga boleh menyebabkan pesakit menjadi murung atau tidak berupaya untuk berfikir secara rasional.

Ubat epilepsi boleh juga berinteraksi dengan ubat-ubatan lain dengan cara yang berbahaya. Oleh itu pesakit perlu memberitahu doktor ubat-ubatan lain yang diambil.

Ubat epilepsi biasanya bermula pada dos yang rendah dan meningkat secara beransur-ansur. Ia mungkin mengambil masa untuk mencari dos yang sesuai untuk merawat pesakit di samping mengurangkan kesan sampingan.

Ubat-ubatan boleh dihentikan setelah mendapat nasihat dan pengawasan doktor. Doktor akan menghentikan ubat jika pesakit tidak mengalami sawan melebihi 2 tahun. Sesetengah pesakit pula antara 3 hingga 5 tahun.

Apabila sawan tidak dapat dikawal dengan kaedah ubat-ubatan, doktor boleh merujuk pesakit untuk membuat penilaian pembedahan. Ini biasanya dilakukan oleh pakar. Keputusan untuk pembedahan adalah bergantung kepada jenis epilepsi dan kawasan otak yang terjejas.

Kaedah lain untuk merawat epilepsi adalah makanan ketogenik (makanan yang menggalakkan pembetntukan bahan-bahan dalam tisu) untuk kanak-kanak.

Pencegahan Epilespi
  • Cegah trauma di kepala, dengan memakai topi keledar dan tali pinggang keledar.
  • Menjaga peringkat pranatal dengan baik, termasuk merawat tekanan darah tinggi dan jangkitan dalam kehamilan.
  • Merawat penyakit kardiovaskular, jangkitan penyakit, tekanan darah dan gangguan lain yang boleh menjejaskan otak.
Kesan Epilepsi

Kebanyakan penghidap epilepsi boleh menjalani kehidupan normal. Walau bagaimanapun, keadaan ini boleh menjejaskan kehidupan harian penghidap epilepsi, keluarga mereka dan rakan-rakan.

Masalah tingkah laku dan emosi

Kebanyakan penghidap epilepsi menghadapi masalah tingkah laku dan emosi. Ini disebabkan oleh rasa takut, malu dan kecewa dengan penyakit yang dihidapi.

Kaunseling boleh membantu pesakit dan juga keluarga yang mengalami epilepsi.

Penghidap epilepsi juga berisiko tinggi menjadi murung, membunuh diri dan mempunyai jati diri yang rendah.

Larangan memandu dan rekreasi

Penghidap epilepsi:
  • Dilarang memandu kecuali tidak mengalami serangan sawan dalam tempoh yang lama.
  • Dilarang membuat terjunan udara dan berlumba motor.
Aktiviti seperti belayar dan berenang memerlukan pengawasan manakala berjoging, bola sepak dan sukan lain adalah aktiviti yang agak selamat.

Pendidikan dan pekerjaan

Sebahagian besar individu dengan epilepsi telah berjaya dalam pelajaran dan pekerjaan, bagaimanapun sebilangan individu dengan epilepsi sukar menamatkan pengajian kerana serangan sawan dan masalah ingatan dan tumpuan.

Sebahagian penghidap epilepsi menganggur kerana tekanan sosial, salah faham serta kesan ubat sedatif yang menyebabkan mengantuk.

Ibu hamil

Kebanyakan wanita yang menghidap epilepsi boleh hamil dan risiko kecacatan anak kandungan adalah 4 hingga 6%.

Peluang untuk berjaya dalam proses kehamilan adalah melebih 90% dan anak kepada penghidap epilepsi mempunyai risiko mendapat epilepsi kurang dari 5%.

Untuk mengurangkan risiko semasa hamil, penghidap epilepsi perlu mendapatkan nasihat doktor mengenai ubat-ubatan yang diambil. Sesetengah ubat boleh menyebabkan kecacatan bayi.

Wanita disarankan mengambil makanan tambahan semasa pranatal dan asid folik untuk mengurangkan risiko kecacatan bayi.

Sawan semasa hamil boleh membahayakan janin dan menyebabkan keguguran. Walau bagaimanapun, ramai penghidap epilepsi melahirkan bayi yang normal dan sihat.

Seseorang yang mengambil ubat pencegah epilepsi boleh memberi susu badan kerana jumlah ubat yang dirembeskan di dalam susu ibu adalah rendah dan tidak berbahaya kepada bayi.

Kadang-kala bayi boleh menjadi mengantuk namun, faedahnya lebih banyak berbanding risiko.

Sesetengah ubat pencegah epilepsi boleh menjejaskan keberkesanan ubat kontraseptif oral. Wanita yang ingin menggunakan pil perancang disyorkan merujuk doktor terlebih dahulu.


Burung Pipit Boleh Terbang Ulang-Alik Sejauh 29,000 Kilometer!

Satu kajian saintis mendapati, sejenis burung kecil yang beratnya bersamaan dua sudu teh mempunyai kemampuan untuk terbang sejauh kira-kira 29,000 kilometer, berulang alik dari benua Artik ke benua Afrika untuk mencari makanan sepanjang musim sejuk.


Kajian yang disiarkan jurnal sains Biology Letters mendapati, burung pipit jenis Oenanthe oenanthe itu hanya mempunyai berat kira-kira 25 gram, tetapi mempunyai daya tahan yang cukup kuat untuk terbang jauh.

Penyelidik dari Universiti Guelph di Ontario, Ryan Norris berkata, dalam kajian itu, sejenis alat pengesan dipasang pada kaki 46 ekor burung pipit di Alaska dan Pulau Baffin di timur laut Kanada.

Burung pipit di Alaska menghabiskan musim sejuk di Afrika sebelum pulang semula ke habitat asal, dengan jarak sehala kira-kira 14,500 kilometer dan terbang pada kelajuan 290 kilometer sejam sehari.

Spesies terbabit mengembara merentasi Siberia dan gurun pasir Arab, menuju ke Sudan, Uganda dan Kenya yang memakan masa perjalanan selama 91 hari.

Namun, haiwan ini hanya mengambil masa 55 hari untuk pulang ke Alaska.

Norris berkata, burung pipit dari Pulau Baffin pula mengambil masa 28 hari untuk terbang merentasi Atlantik Utara, Britain, benua Eropah, Mediterranean dan gurun Sahara sebelum tiba di persisiran pantai Mauritania, Afrika Barat, dengan jarak perjalanan kira-kira 7,500 kilometer.

Katanya, perjalanan pulang burung pipit dari Pulau Baffin mengambil masa 55 hari untuk sampai ke habitat asal.

Spesies burung tersebut menunjukkan kemampuan luar biasa berdasarkan saiznya yang kecil.

Ini merupakan perjalanan yang paling jauh di dunia bagi spesies burung yang kecil dan ringan, sekaligus menimbulkan persoalan terhadap kemampuan haiwan terbabit dari segi fizikal untuk terbang dua kali setahun, terutamanya bagi kelompok burung muda yang tidak mempunyai pengalaman berhijrah.

Semoga memberi manfaat. 

Menurut Kajian Terbaharu Anak Sulung Lebih Bijak Dan Berjaya!

Selalu kita dengar orang kata anak bongsu paling manja, anak tengah pula nakal dan keras kepala tapi anak sulung pula jarang kita dengar mereka ni perangai macam-mana.


Tapi, kajian terbaru ini memang buatkan mereka yang bergelar anak sulung akan rasa bangga!

Berdasarkan kajian selidik yang dilakukan oleh Sydney University, anak pertama atau anak sulung adalah lebih bijak daripada adik-beradik yang lain. Ia berdasarkan penilaian IQ yang dibuat sejak usia tahun.

Menurut kajian, anak sulung lebih banyak mendapat stimulasi mental daripada ibu sewaktu dalam kandungan atau selepas dilahirkan.

Ibu juga lebih berhati-hari pada kemahilan pertama dan sangat menjaga pemakanan.

Kajian dari University of Essex pula mendapati, dalam sebuah keluarga, anak sulung kebarangkalian lebih 16 peratus untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi berbanding adik.

Namun ia hanya berdasarkan kaji selidik sahaja, jangan ambil serius sangat okay!

Thursday, March 23, 2017

7 'NERAKA' Ciptaan Korea Utara Untuk Rakyatnya.

Korea Utara sebuah negara yang sangat perahsia dalam segala hal. Tiada siapa mampu meneroka di dalamnya. Agensi media asing dilarang keras membuat liputan hingga keburukan di negara itu selamat daripada cercaan dunia luar.


Inilah antara rahsia mengerikan yang sentiasa dilindungi Korea Utara daripada dunia. 'Kebusukan' inilah yang dilindungi Kim Jong-un agar beliau terus berkuasa.

1. Penjara dalam penjara

Korea Utara adalah sebuah penjara bagi semua rakyat yang ada di dalamnya. Semua orang yang ada di negara itu harus mematuhi segala peraturan tanpa sebarang bantahan. 

Kim Jong-un bagaikan seorang dewa yang sentiasa betul hingga semua kelakuannya harus dipatuhi.

Korea Utara memiliki sebuah kem konsentrasi yang digunakan untuk menangkap semua orang yang tidak taat kepada pemimpin. 

Di dalam penjara ini mereka akan dijadikan hamba untuk melakukan pelbagai jenis kerja berat. Salah satu kem paling terkenal ialah Kem 14. 

Setiap tahun ribuan orang ingin melarikan diri dari negara kuku besi itu namun sering gagal dan ditangkap. 

Akibatnya mereka diseksa habis-habisan hingga tak boleh melakukan apa-apa, tak kurang juga yang meninggal dunia di dalam kem tersebut.

2. Kanibalisme ketika bencana

Sekitar tahun 1994-1998, Korea Utara mengalami krisis kebuluran yang sangat kritikal. Sekurang-kurangnya sekitar tiga hingga lima juta orang kelaparan dan akhirnya meninggal dunia. 

Korea Utara tidak melakukan apa-apa selain membiarkan jutaan penduduknya kelaparan.

Ketika kebuluran terjadi, ramai budak kecil dan juga orang tua diculik. Mereka diseksa dan akhirnya dibunuh untuk diambil dagingnya. 

Mereka menjual daging itu kepada orang ramai untuk mendapatkan wang. Sekiranya tidak berhati-hati mungkin daging yang dimakan ialah daging manusia.

3. Kebanyakan rakyat pilih untuk melarikan diri

Hidup di Korea Utara tiada bezanya dengan hidup di neraka dunia. Setiap hari rakyat harus mendengar propaganda membenci negara barat dan juga memuja pemimpin tertingginya. 

Setiap hari ada saja penyeksaan tanpa pengadilan, Korea Utara ialah negara yang dijalankan dengan kehendak sendiri.

Setiap tahun ribuan rakyat memilih menyusup masuk ke Korea Selatan dan China. Mereka memilih hidup sebagai pendatang haram dan mati dalam pelarian daripada hidup di negara yang tak layak lagi disebut sebuah negara yang berdaulat.

4. Munculnya kasta tak masuk akal dan hukuman tiga generasi

Percaya atau tidak, Korea Utara membahagikan rakyatnya kepada tiga kasta berbeza dalam kehidupannya. 

Kasta pertama ialah core iaitu orang yang setia kepada negara. Kedua bernama wavering, golongan ini masih suka melakukan kritikan. Terakhir ialah orang dengan status kasta nostiles atau pembangkang, orang jenis ini wajib dihukum.

Pembahagian kasta ini berdasarkan peranan keluarga pada masa lalu. 

Jadi jika dulu datuk atau nenek pernah melakukan tindakan pembangkang, cucu akan mendapatkan hukumannya (hukuman tiga generasi). Dia terus dianggap sebagai pembangkang dan wajib masuk ke kem hamba.

5. Elektrik seperti harta karun

Boleh dikatakan elektrik di Korea Utara ibarat harta karun. Rakyatnya di kampung tidak pernah menikmati akses elektrik yang sepatutnya. 

Semua hanya bertumpu pada ibu kota Pyongyang, elektrik ditiadakan agar rakyatnya tidak boleh melakukan apa-apa terutamanya untuk mendapatkan maklumat dari dunia luar.

Pernah satu ketika satelit NASA menunjukkan Korea Utara sangat gelap pada waktu malam, tiada cahaya lampu kelihatan dari angkasa. 

Keadaan ini sangat berbeza dengan Korea Selatan yang sentiasa bercahaya setiap malam.

6. Penipuan insuran

Pemerintah Korea Utara melakukan penipuan insurans. Beberapa aset yang mereka miliki sengaja dirosakkan dan akhirnya dapat menuntut insurans. 

Wang daripada insurans ini digunakan untuk keperluan dalam negeri termasuk keinginan Kim Jong-un yang suka membeli kereta mewah.

7. Senjata haram nuklear

Korea Utara ialah negara yang paling ditakuti karena kekuatan ketenteraannya. Korea Utara memiliki sejumlah senjata nuklear haram. 

Kim Jong-un ingin membuat negaranya digeruni agar mampu menggoyahkan musuh utamanya, iaitu Amerika Syarikat.